Salah satu pasukan pilihan untuk bergelar juara, Belgium gagal untuk meraih kemenangan kedua dalam saingan kumpulan F setelah tewas kepada Morocco dengan keputusan 2-0.

Baca Juga:

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Al Thumama, kedua-dua pasukan turun dengan misi mencari kemenangan dimana Belgium mahu meraih kemenangan kedua manakala
Morocco memburu kemenangan pertama.

Kedua-dua pasukan saling melancarkan gerakan serangan dan peluang terbaik skuad Red Devils hadir menerusi Kevin De Bryune pada minit ke-16 namun rembatannya diselamatkan oleh penjaga gol lawan.

Morocco kemudiannya membuka tirai jaringan menerusi Hakim Ziyech namun pengadil membatalkan jaringan tersebut setelah pemeriksaan menerusi Video Assistance Referee (VAR) mendapati pemain Morocco berada di kedudukan ofsaid. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 0-0.

Memasuki separuh masa kedua, kedua-dua pasukan memiliki peluang untuk menjaringkan gol namun ketumpulan di bahagian serangan nyata mengecewakan mereka.

Jaringan yang ditunggu akhirnya tiba menerusi jaringan Abdelhamid Sabiri pada minit ke-73 yang mana pemain itu mengambil sepakan percuma yang mengelirukan penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois.

Morocco yang dianggap pilihan kedua dalam perlawanan ini berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Zakaria Aboukhlal pada masa tambahan dimana beliau menolak masuk bola hasil daripada hantaran Ziyech.

Kedudukan 2-0 kelal sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus memberikan tiga mata pertama bagi Morocco dalam temasya edisi kali ini.