Penyerang Mitchy Batshuayi menjadi wira kemenangan negaranya untuk aksi pembukaan mereka dalam Piala Dunia 2022.
Baca Juga:
- Sepanyol vs Costa Rica: La Roja Mulakan Aksi Piala Dunia Dengan Pesta Gol
- Jerman vs Jepun: Giliran Juara Empat Kali Pula Kecewa Di Tangan Wakil Asia
- Morocco vs Croatia: Naib Juara Piala Dunia 2018 Terikat Tanpa Jaringan
Gol separuh masa pertama Michy Batshuayi sudah cukup untuk Belgium untuk menang 1-0 ke atas pasukan Kanada yang bermain perlawanan Piala Dunia pertama mereka sejak 36 tahun.
Belgium menepati ramalan untuk menang perlawanan ini, sebagai pasukan pilihan. Namun sebenarnya, kemenangan ini tidak menggambarkan prestasi sebenar Red Devils dalam perlawanan ini.
Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois menyelamatkan sepakan penalti awal Alphonso Davies.
Dan kemudian Batshuayi membuka tirai jaringan pada minit ke-44, yang ternyata gol tunggal perlawanan dan membolehkan dia menjadi wira kemenangan negaranya.
🦇 Michy Batshuayi has now scored 27 goals for Belgium.
🇧🇪Romelu Lukaku (68) and Eden Hazard (33) are the only active players with more goals.#FIFAWorldCup |#BELCAN |#BEL pic.twitter.com/1iCDi30x2Z
— FIFA World Cup Stats (@alimo_philip) November 23, 2022
Kanada yang dikendalikan oleh John Herdman, meminta satu lagi penalti namun kali ini ditolak. Belgium yang tidak beraksi pada prestasi terbaik mereka.
Kanada malah menguasai separuh masa kedua tetapi tidak berjaya mendapatkan gol penyamaan.
Belgium tanpa penjaring gol sepanjang zmaan merekan, Romelu Lukaku kelihatan bergelut sepanjang perlawanan ini.
Mereka hanya melakukan 9 percubaan gol dengan 3 percubaan tepat.
Sebaliknya Kanada melakukan 22 percubaan ke arah gawang mereka dengan jumlah percubaan tepat yang sama dengan Belgium.
Walaupun tidak menunjukkan aksi yang benar benar meyakinkan, semifinalis edisi 2018 itu – Belegium – tetap berjaya bertahan dengan sebaik mungkin untuk memastikan 3 mata milik mereka.
Tamat perlawnaan, Belgium menang tipis 1-0. Kemenangan ini membolehkan Belgium menduduki tempat teratas Kumpulan F.
Ini selepas Croatia dan Maghribi seri tanpa jaringan pada aksi lebih awal.
Kanada selepas ini akan menentang Croatia pada hari Ahad. Jika mereka mengekalkan rentak permainan mereka dan memperbaiki aspek serangan, tidak mustahil untuk mereka mengejutkan finalis 2018 itu.
Croatia bergelut dalam aksi menentang Maghribi.
Sementara Belgium akan berhadapan dengan Maghribi selepas ini.