Salah seorang bekas pemain TRW Kelantan iaitu Rozaimi Rahamat dilaporkan sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham.
Baca Juga:
- Farhan Abu Bakar: Tiada Satu Benda Baik Mengenai Pengurusan Kelantan
- Zamsaham Mahu Bina Padang Latihan Guna Wang Saman KAFA
- Zamsaham: Saya Bukan Tolak Gaji, Saya Tahan
Menurut isteri Rozaimi yang hanya mahu dikenali sebagai Rose, suaminya bertindak demikian setelah beliau mendakwa difitnah oleh Zamsaham Rozaimi memboikot aksi menentang Sabah bulan lalu sedangkan penjaga gol itu dihalau dari menyertai pasukan ekoran meminta gaji penuh kepada pihak pengurusan.
“Sebenarnya dia dihalau dari KLIA pasal minta gaji. Dia pergi dengan pasukan dah masuk beg apa semua. Dalam masa yang sama dia minta gaji full tapi tak dapat, hanya dapat RM1,000.
“Selepas kejadian itu dia terus balik rumah. Nasib ada kakak dia di KL (Kuala Lumpur) dengan sehelai sepinggang dia balik JB (Johor Bahru). Beg semua dah ke Sabah. Dahlah waktu itu puasa,” kata wanita itu dipetik dari laporan Majoriti.
Menurut Rose, tindakan ini diambil dimana fitnah yang dilakukan oleh Zamsaham itu telah menjejaskan nama suaminya serta menyebabkan penjaga gol itu menerima tanggapan buruk dari ramai orang khususnya peminat.
“Suami saya dah serahkan pada peguam mengenai fitnah yang dilontarkan oleh Encik Zamsaham kepada suami saya. Fitnah masa sesi soal jawab Encik Zam bersama dengan penyokong TRW Kelantan hari itu.
“Sebenarnya suami saya tak nak pun panjangkan benda ini tapi dia dah bagi tempoh sampai Ahad baru-baru ini untuk membuat permohonan maaf tapi sampai sekarang dia (Zamsaham) masih ego. Itu yang suami saya terpaksa ambil jalan ini untuk bersihkan nama dia,” tambahnya.
Rozaimi juga difahamkan masih memperjuangkan tunggakan pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang melanda pemain dan pegawai TRW Kelantan.