Bekas pemain Terengganu, Issey Nakajima-Farran rasminya bersara daripada bola sepak profesional.

Baca Juga:

Dilahirkan di Calgary, Nakajima-Farran dibesarkan di Tokyo, Jepun dan London, England. Di luar padang, Nakajima-Farran adalah seorang pelukis dan artis berbakat.

Di mana dia turut diberikan penghormatan untuk melukis lukisan khas sempena pengiktirafan Julian De Guzman sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Kanada.

Pemain yang pernah membantu Kanada sehingga ke separuh akhir Concacaf yang juga mewakili Kanada dalam tiga pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA, telah memutuskan untuk bersara selepas 38 kaps antarabangsa untuk negaranya.

Kaps antarabangsa itu diperolehinya dari 2006 hingga 2016, termasuk tiga penampilan untuk Kanada semasa mereka di Piala Emas Concacaf 2007.

Kerjaya profesional Nakajima-Farran membawanya ke seluruh Asia, Eropah dan Amerika Utara, termasuk di Kanada bersama Toronto FC, Impact de Montreal dan Pacific FC.

Beliau yang paling baru menghabiskan tiga musim terakhir di Sepanyol termasuk dua musim terakhir bersama CF Cubelles.

Sepanjang kariernya, beliau memenangi kejuaraan Liga J2 bersama Albirex Nigata pada 2003, gelaran Liga 1 Denmark bersama dengan Vejle Boldklub pada 2005/06 dan AC Horsens pada 2009/10.

Kariernya cemerlang turut menyaksikan dia memenangi  Kejohanan Liga-A dengan Brisbane Roar pada 2011/12.

Nakajima-Farran mewakili Kanada dalam tiga edisi Piala Emas Concacaf, termasuk perjalanan ke Separuh Akhir pada 2007 – yang dianggap pencapaian terbaik dalam karier antarabangsanya.

Beliau juga mewakili Kanada pada edisi 2009 dan 2013. Dia berusia 22 tahun ketika dia membuat penampilan sulung dalam aksi kompetitif di peringkat antarabangsa pada 12 November 2006.

Dia kemudiannya menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam Kelayakan Piala Dunia FIFA pada 15 Jun 2008 menentang St. Vincent & Grenadines.

Dia bermain bola sepak peringkat kelab merangkumi karier di Jepun, England, Singapura, Denmark, Australia, Cyprus, Kanada, Malaysia dan Sepanyol, termasuk perlawanan dalam Piala UEFA dan Liga Juara-Juara Concacaf.

Ketika di Malaysia dia bermain untuk Terengganu FC dan Pahang FC.

Namun Issey Nakajima- Farran lebih sinonim dengan Terengganu ketika di Malaysia.

Musim pertamanya dia dan Terengganu tersingkir ke divisyen 2. Issey Nakajima-Farran mengotakan janjinya untuk membantu Terengganu kembali ke liga utama ataupun Liga Super sekali lagi.

Di mana mereka kembali semula pada musim berikutnya. Di Terengganu dia sangat disenangi penyokong kerana seorang yang ramah dan pemain yang tidak terlibat dalam kontroversi di dalam atau di luar padang.

Dia juga seorang yang sangat ramah dan kerap berinteraksi dengan penyokong Terengganu.

Nakajima-Farran meninggalkan Terengganu atas persetujuan bersama dan kemudian bermain untuk Pahang FC.

Dia membuat lebih daripada 100 penampilan dalam Superligen Denmark bersama Vejle Boldklub, FC Nordsjælland dan AC Horsens.

Dia biasanya bermain sama ada di bahagian tengah atau di barisan serangan sebagai pemain sayap.

Dia bermain perlawanan profesional terakhirnya pada 4 Februari 2023 dengan CF Cubelles.

Dari Editorial Vocket FC, kami ucapkan selamat bersara buat Issey Nakajima-Farran. Terima kasih kerana pernah memeriahkan Liga Malaysia pada satu ketika dahulu.

Nikmati persaraan kamu bersama yang tersayang dan selamat maju jaya di fasa seterusnya dalam kehidupan.