Mahkamah Seksyen Seremban hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM8,000 ke atas bekas pemain import Negeri Sembilan, Matheus Fernandes Vila Real kerana didapati bersalah atas tuduhan menipu dan memperdaya pihak bank dengan mengemukakan invois palsu berjumlah RM 48,879.91 dua bulan lalu.

Menurut laporan daripada Sinar Harian, pemain dari Brazil itu mengaku bersalah dan mahkamah turut menetapkan hukuman penjara 10 bulan jika beliau gagal menjelaskan denda berkenaan.

885121
FOTO: Sinar Harian

Matheus didakwa menipu pihak bank CIMB dengan mengemukakan Remittance Application Form dan invois palsu untuk pembelian barangan dagangan iaitu 5,825 unit ‘dye ink’ bertarikh 23 September 2020 atas nama Wind Pacific Consulting Ltd.

Perbuatan itu dilakukan di bank CIMB cawangan Seremban pada 30 September 2020 bagi tujuan permohonan untuk pindahan wang.

Beliau sengaja mendorong pihak bank untuk meluluskan permohonan pindahan wang secara transaksi atas talian dari akaun Bank CIMB milik tertuduh ke akaun Ambank milik Wind Pacific Consulting Ltd yang mana mereka tidak akan meluluskannya jika tidak diperdayakan.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya.

66345735_1393433700819925_6387396648745566208_o
Aksi Matheus ketika menentang JDT II musim lepas. FOTO: JST

Matheus Vila beraksi di posisi pertahanan mewakili pasukan Negeri Sembilan selama dua musim bermula tahun 2019. Sebelum itu, dia beraksi bersama beberapa kelab liga bawahan di Brazil.

Kontraknya dengan PBNS juga telah tamat dan kini tidak mempunyai sumber pendapatan kerana tiada pekerjaan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Pembuat Kenderaan Elektrik Antarabangsa, SWAG Diumumkan Sebagai Penaja Baharu JDT

Dua Pasukan Liga Super Berminat Dapatkan Khidmat Hansamu Yama

Kedah Semakin Hampir Lengkapkan Perpindahan Empat Pemain