Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) hari ini mengumumkan kemasukan seorang pemain dari Filipina bagi mengisi kuota import ASEAN iaitu Luke Woodland. Beliau yang beraksi di posisi pertahanan telah menandatangani kontrak selama 1 tahun dengan pasukan itu.
Pemain yang lahir di UAE ini telah antara pemain utama yang mewakili skuad kebangsaan Filipina dan juga sebelum ini beraksi di Ratchaburi Mitr Pol dalam liga utama Thailand.
Berusia 27 tahun dan memiliki ketinggian 1.83 meter, pemain yang bakal menyarung jersi bernombor 14 ini tidak sabar terbang ke bumi Terengganu bagi memulakan sesi latihan seterusnya untuk beraksi dalam Liga Super Malaysia 2022.
Selamat Datang LUKE WOODLAND! 🏴🏳️#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/AdMh9gMIxT
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 29, 2021
Woodland sebenarnya cukup dikenali dalam kalangan peminat bola sepak tempatan kerana pernah bersama pasukan Kuala lumpur pada tahun 2019. Pengalaman beraksi di Liga Malaysia sebelum ini baginya sedikit sebanyak membantu untuk mempercepatkan proses penyesuaian dirinya bersama skuad Terengganu FC ini.
Bagi Nafuzi Zain, kehadiran pemain itu memberi kelebihan fizikal untuk membantu memperkemaskan benteng pasukannya yang jika dilihat sebelum ini sedikit bergelut apabila bertemu dengan pasukan yang mempunyai kelebihan dari segi perebutan bola di udara.
Nafuzi juga sebelum ini pernah menyatakan minat untuk menandatangani Woodland sebelum ini namun pada musim lepas pemain itu telahpun dipancing oleh pasukan dari liga utama Thailand.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
Penyerang Berbisa Dari Brazil, Herlison Caion Sah Sertai Selangor
Hairuddin Omar Sertai Barisan Kejurulatihan Terengganu Musim Depan
Penang Berlatih Lebih Awal Sebagai Persiapan Hadapi Musim 2022
Hakka Clo Plt Pembekal Rasmi Kelengkapan Sukan Sri Pahang Dengan Nilai Tajaan RM1.13 Juta