Pasukan Batu Dua FC bagaikan sudah bangkit daripada zaman kegelapan mereka apabila kembali meraih kemenangan dalam saingan Liga M3 musim ini.

Batu Dua menewaskan pasukan Penjara FC dengan keputusan 3-2 pada perlawanan yang berlangsung Ahad lalu sekaligus meraih kemenangan pertama selepas tewas dalam 12 perlawanan secara berturut-turut.

Menurut laporan La BOLA Malaya, pengurus Batu Dua, Hairil Azri Abu Bakar menegaskan kemenangan yang diraih hasil daripada kemasukan penaja baharu iaitu Harini Sdn Bhd dimana pemain mula mendapat elaun setelah sekian lama tidak mendapat bayaran gaji.

“B2FC amat berterima kasih kepada Harini Sdn Bhd kerana menjadi penyelamat kami. Selain membayar elaun, Harini turut menyediakan tempat tinggal untuk pemain di Shah Alam dan kami dibenarkan berlatih bersama Protap FC yang turut ditaja syarikat sama.

“Saya berharap pemain membalas kepercayaan Harini dengan memberi persembahan terbaik dalam baki tiga perlawananan,” kata Hairil.

Pada awal musim ini, Batu Dua nyata mengejutkan ramai pihak dimana mereka berjaya merakam kemenangan besar dalam saingan Piala FA dan menampilkan persembahan terbaik di Liga M3.

Batu
Pemain Batu Dua. FOTO: Batu Dua FC

Namun, krisis kewangan yang dihadapi bermula April lalu menyebabkan pasukan ini menjadi lubuk apabila tewas dengan jaringan besar seperti tewas 0-10 kepada Kelantan United, dibelasah 9-1 oleh Glory United dan 8-2 oleh ATM.

Baca artikel lain mengenai pasukan Batu Dua FC di sini:

Nasib Pemain Batu Dua FC Terus Terumbang-Ambing

Pemain Batu Dua FC Terus Ditimpa Nasib Malang

Pemain Batu Dua Perlu Buat Laporan Kepada FAM