Atletico telah meminta LaLiga membuat satu kenyataan bersama untuk mengenakan tindakan ke atas Barcelona selepas disiasat dengan kes menyogok pengadil.
Baca Juga:
- TERKINI: Negreira Pernah Ugut Mahu Dedahkan Skandal Barcelona Bayar Pengadil
- Pendakwaraya Sepanyol Siasat Tuduhan Barcelona Sogok Pengadil €1.4 Juta Pada 2016-2018
- Barcelona vs Manchester United: Ten Hag Persoalkan Mutu Pengadilan
Mahkamah Sukan di Sepanyol sedang menyiasat salah laku melibatkan Barcelona yang dilaporkan membayar pengadil dari tahun 2016-2018.
Ketua Pegawai Eksekutif Atletico, Miguel Ángel Gil, mahu mengeluarkan kenyataan bersama bantahan dan kutukan terhadap apa yang telah berlaku.
Namun 2 kelab yang menentangnya adalah Barcelona sendiri. Dan yang kedua adalah kelab musuh tradisi mereka Real Madrid.
Barcelona, menerusi kenyataan Mateu Alemany, telah menentangnya, dengan mendakwa bahawa mereka, secara logiknya, tidak boleh menjadi sebahagian daripada kenyataan di mana mereka terlibat.
Real Madrid juga tidak, yang mengeluarkan kenyataan menerusi wakil guamannya juga tidak setuju dengan cadangan Atletico ini.
Sebenarnya ini bukan pertama kali Real Madrid dan Barcelona sentiasa berada di pihak yang sama. Sebelum ini dalam Liga Super Eropah, kedua dua kelab saling menyokong.
Selepas Barcelona dan Real Madrid menentang usaha Atletico berkaitan dengan skandal membayar pengadil, pasukan lain dilihat tidak berani untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan kes Barcelona.
LaLiga telah menghantar surat khas menerusi peguam mereka. Meminta Barcelona memberikan mereka akses agar mereka dapat mengikuti secara terperinci kes tersebut.
Atletico Madrid asked all La Liga clubs to collectively put out a statement regarding the 'Negreira case' (Barça's situation with the referees). Real Madrid refused.
— @relevo pic.twitter.com/EvyoN2xvDm
— Madrid Universal (@MadridUniversal) February 20, 2023
Barcelona dilaporkan telah membayar bekas pengadil, Enríquez Negreira dengan wang terkumpul sebanyak €7 juta.
Siasatan terbaru menyatakan bahawa Negreira pernah menghantar faks berbaur ugutan, jika Barca menghentikan bayaran kepada mereka, dia akan mendedahkan salah laku Barca kepada umum.
Barcelona sudah membuat penafian mereka membayar pengadil untuk mendapatkan kelebihan di atas padang. Namun mereka sebenarnya membayar pengadil untuk kegunaan analisis teknikal.
Javier Tebas sudah mengesahkan bahawa LaLiga akan memberikan kerjasama jika diperlukan, dalam kes ini.
Tebas berkata: “Semua orang bebas untuk mencatat nota mereka. Terdapat kebimbangan yang mendalam dalam kebanyakan kelab, malah dari Barcelona sendiri.”
“Kerosakan reputasi yang dilakukan kepada bola sepak Sepanyol… Semua orang mahu ia disiasat sehingga akhir. Malah Barça , yang telah membuka siasatan dalaman,” katanya memberi jaminan.