Fast Technology Sdn Bhd, pengedar eksklusif FreeYond di Malaysia dan subsidiari milik penuh syarikat tersenarai di Papan ACE, Fast Energy Holdings Bhd (“Fast Energy”), hari ini telah memeterai perjanjian penajaan bagi tempoh masa satu tahun dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memperkasa dan meningkatkan pertumbuhan sukan badminton Malaysia.
Tajaan bernilai hampir RM2 juta ini menunjukkan komitmen jenama kelahiran Shenzen, China itu dalam menyokong sukan badminton tempatan dan atlet di Malaysia dengan menyediakan bantuan kewangan dan sumber.
Ini akan menyumbang kepada persiapan pemain negara untuk layak ke Sukan Olimpik Paris tahun depan dan inisiatif-inisiatif pembangunan baharu.
Selain itu menerusi kerjasama dengan BAM, FreeYond komited untuk memupuk bakat sukan dan mempromosikan gaya hidup sihat di negara ini.
Perjanjian penajaan itu ditandatangani oleh Presiden BAM dan Majlis Olimpik Malaysia dan Presiden Kehormat Badminton Asia, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria dan Pengarah Eksekutif Fast Energy Holdings Berhad, Encik Vincent Tan Wye Chuan.
“Sebagai salah seorang pengarah FreeYond, kami sangat gembira dan menyokong keputusan yang dibuat oleh Fast Technology dalam menaja BAM dan atletnya,” kata Datuk Eddie Chai Won Chet, Pengarah FreeYond.
“Saya gembira dapat menyaksikan satu lagi kejayaan yang dicapai oleh FreeYond selepas kemasukan rasmi kami ke Malaysia dengan telefon pintar dan boleh pakai pada Mac 2023,” tambahnya.
“Saya berbesar hati akhirnya hari ini, dapat memuktamadkan perkongsian yang saling menguntungkan in dan secara rasmi mengalu-alukan FreeYond sebagai penaja terbaharu BAM.’’
Sokongan daripada penaja kami adalah penting untuk pertumbuhan berterusan dan pembangunan sukan ini,” Kata Presiden BAM, Tan Sri Dato’ Sri (Or.) Mohamad Norza Zakaria.
Pengarah Eksekutif Fast Energy, Encik Vincent Tan Wye Chuan berkata, “Freeyond melambangkan kebebasan dan daya hidup, mewakili tenaga muda yang tidak terbatas. Matlamat kami adalah untuk menyediakan pengguna pengalaman yang bersemangat dan membebaskan melalui rangkaian produk pintar kami.’’
“Semangat jenama kami merangkumi usaha mencapai kecemerlangan, kerja berpasukan dan inovasi, yang sejajar dengan nilai BAM.”
“Malaysia adalah kuasa besar dalam dunia badminton, dengan pemain di bawah payung BAM telah mencapai banyak kemenangan dan mendapat kemasyhuran serta kegemilangan negara.’’
“FreeYond mahu memainkan peranannya dalam menyokong BAM dan pemainnya ketika mereka berusaha untuk lebih banyak kemenangan podium dan memberi inspirasi kepada belia negara.
Tan menjelaskan, “Pemeteraian perjanjian hari ini dengan BAM menandakan langkah sulung FreeYond untuk menyokong atlet muda secara aktif.’’
“Kami berharap melalui kerjasama ini, kami dapat menyumbang kepada pembangunan rancak sukan di
Malaysia dan menyatukan peminat dan pengguna kami ke arah menyokong atlet negara kita.”
Produk FreeYond terkenal dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang luar biasa, memenuhi pelbagai kategori pengguna, termasuk peminat sukan dan profesional.
Selain model telefon pintar M5 dan F9 yang telah diperkenalkan ke pasaran, FreeYond juga telah melancarkan jam tangan pintar F1 mereka dan fon telinga stereo wayarles sebenar (TWS) Pods 1.