Bekas pemain skuad kebangsaan, Azamuddin Akil berazam untuk menampilkan aksi terbaik bersama pasukan Kedah pada saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Pemain yang mesra dengan panggilan Alex itu mahu membalas jasa Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang telah memberikan kontrak lanjutan meskipun beliau jarang beraksi bersama pasukan musim ini.

Azamuddin Akil
Sumber Gambar: Kedah FA

“Saya mengucapkan terima kasih pada pengurusan KFA yang menawarkan kontrak baru bagi musim depan, tawaran itu begitu bermakna buat saya bagi meneruskan kerjaya dalam sukan bola sepak tempatan.

“Berusaha mempamerkan persembahan terbaik janji yang dapat saya berikan kepada KFA yang turut menyenaraikan ramai pemain terbaik musim depan dalam usaha memburu lebih banyak kejayaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Azamuddin Akil
Sumber Gambar: MFL

Tambah bekas pemain Selangor itu, beliau sedar bakal berdepan cabaran daripada pemain yang lain khususnya pemain muda bagi mengisi posisi sayap.

Alex menganggap perkara itu sebagai pembakar semangat untuk beliau menampilkan persembahan terbaik sekaligus memikat hati pengendali pasukan, Aidil Sharin untuk meletakkannya dalam kesebelasan utama pasukan.

Musim hadapan, Kedah akan beraksi di peringkat Asia dimana mereka akan menghadapi peringkat kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Baca artikel lain mengenai pasukan Kedah di sini:

FC Seoul Menanti Pasukan Kedah FA Jika Layak Ke Saingan Play-Off AFC Champions League 2020

Kpah Dan Kipre Mahu Julang Trofi Bersama Pasukan Kedah

‘Ubi Muda’ Kedah Bernilai RM5 Juta Setiap Seorang