Astro secara rasmi mengumumkan bahawa mereka berjaya memiliki hak penyiaran bagi saingan REVO Thai League 1 musim 2021/2022 dan akan mula menyiarkan perlawanan secara live pada 1 Oktober 2021 nanti.
Menurut artikel yang dipetik dari Stadium Astro, saingan REVO Thai League 1 ini akan disiarkan melalui saluran yang baru sahaja dilancarkan, Astro Arena 2 dan akan lebih memberikan fokus kepada perlawanan yang melibatkan pemain-pemain dari Malaysia iaitu Junior Eldstal (Chonburi FC) dan Dominic Tan (Police Tero FC).
Sawadee krub, #REVOThaiLeague! 🇹🇭
Catch @JuniorEldstal and @dominictann in action on @ASTROARENA starting this October! pic.twitter.com/fQ2ANqUVUH
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) September 24, 2021
Dalam artikel itu juga ada menyebut bahawa, selain perlawanan liga REVO Thai League 1, Astro Arena 2 juga akan menyiarkan perlawanan Thai FA Cup dan juga Piala Liga yang melibatkan kedua-dua pasukan itu.
Saingan REVO Thai League 1 sudah pun bermula dan 3 perlawanan telah berlangsung sehingga artikel ini ditulis, dengan Buriram United berada ditakhta liga berkongsi 7 mata dengan Samut Prakan City ditempat kedua.
Saingan liga ini bermula pada 3 September lalu dan dijadualkan akan tamat sekitar bulan Mei 2022 nanti. Paling menarik sebenarnya adalah pasukan-pasukan dalam liga Thailand berpeluang untuk merebut 4 slot ke saingan AFC Champions League musim akan datang, menjadikannya sebagai salah satu tarikan yang hebat.
Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan dibawah.
Shazwan Wong Berkongsi Tips Bagaimana Pasukan Perak Mampu Menjana Pendapatan RM391,000 Sebulan