Rekod tanpa kalah Arsenal dalam 10 aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022/23 akhirnya lebur selepas skuad kendalian Mikel Arteta itu tumpas di tangan Manchester City, awal pagi tadi.

Baca Juga:

Kekalahan di Etihad Stadium itu juga turut membuka ruang seluas-luasnya buat Manchester City untuk merampas kembali kedudukan teratas yang lama dipegang Arsenal.

Perlawanan tersebut menyaksikan The Cityzens membuka tirai jaringan menerusi Kevin De Bruyne seawal minit ketujuh dan kemudiannya John Stones menambah gol kedua pada masa kecederaan.

De Bruyne menambah jaringan kedua peribadi ketika permainan memasuki minit ke-54 dan Rob Holding merapatkan jurang pada minit ke-86. Haaland menutup pesta tuan rumah menerusi jaringan di minit ke-95 untuk mengesahkan kemenangan 4-1 itu.

Susulan dengan kekalahan besar tersebut, Arteta mahu anak buahnya segera melupakan detik yang mungkin merentap semangat kem The Gunners pada ketika ini.

“Kami perlu menerima hakikat bahawa pasukan yang lebih baik akan mencapai kemenangan,” ujar pengurus kelahiran Sepanyol itu menurut laman sesawang rasmi pasukan.

“Mereka jauh lebih baik daripada kami, mereka lebih cekap, terutamanya pada separuh masa pertama. Mereka bersaing untuk setiap bola, dengan intensiti, tujuan dan keazaman yang berbeza.”

“Kami kalah terlalu banyak daripada aspek pertarungan satu lawan satu dan kami akhirnya terpaksa bertahan apabila kami berada dalam kedudukan yang sangat baik, bertahan di tempat terbuka menentang pemain itu [Manchester City] merupakan perkara terakhir yang anda mahu lakukan.”

“Kita perlu melupakannya. Kami akan menjadi sangat bodoh jika ini memberi kesan kepada kami dalam beberapa minggu akan datang, jadi ini adalah sesuatu yang sukar diman kami perlu menerima realiti dan kemudian kami perlu meneruskankannya.”

“Kami perlu cuba membantu pemain dan menerangkan realiti di mana kami berada. Hari ini mereka menentang pasukan yang berada di tahap terbaik.”

“Siapa yang boleh kekal pada tahap itu, itulah persoalannya,” tambah Mikel Arteta lagi.

 

Sumber