Pengurus Arsenal iaitu Mikel Arteta segera membayangkan rancangannya untuk Kai Havertz selepas secara rasmi mengalu-alukan kehadiran pemain itu dari Chelsea.
The Gunners akhirnya mengumumkan ketibaan pemain bernilai £65 juta tersebut sebaik sahaja Havertz lulus ujian perubatan semasa percutiannya di Sepanyol.
Havertz menandatangani kontrak jangka panjang di Stadium Emirates dan memakai jersi kegemarannya nombor 29.
We keep moving forward.
Kai Havertz is a Gunner ❤️ pic.twitter.com/76j5BStw9e
— Arsenal (@Arsenal) June 28, 2023
Dia adalah pembelian pertama pada jendela perpindahan kali ini.
Dengan Arsenal juga – secara prinsipnya – telah bersetuju dengan perjanjian rekod kelab £105m dengan West Ham untuk Declan Rice.
Arsenal turut berunding dengan Ajax mengenai pertahanan kebangsaan Belanda, Jurrien Timber.
Havertz bermain 3 musim bersama Chelsea selepas perpindahan £75 juta dari Bayer Leverkusen pada 2020.
Dia kerap bermain sebagai penyerang tengah, dan menjaringkan gol kemenangan dalam kemenangan pada final Liga Juara-Juara Eropah 2021 ke atas Manchester City di Porto.
Arteta sudah membayangkan bahawa pemain itu akan bermain di bahagian tengah, bermain posisi sokongan kepada serangan utama Arsenal.
Arteta berkata: “Kai adalah pemain yang berkualiti tinggi. Dia seorang pemain serba boleh yang hebat dan merupakan pemain yang bijak.”
“Dia akan membawa sejumlah besar kekuatan tambahan kepada bahagian tengah kami dan kelainan pada permainan kami.”
💬 “I’m so glad to join this amazing club – it has such a big history and I hope we can achieve lots of things.”
🎙️ Hear from @KaiHavertz29 for the first time since becoming a Gunner 👇
— Arsenal (@Arsenal) June 28, 2023
“Kami mengalu-alukan kedatangan Kai dan keluarganya ke Kelab Bola Sepak Arsenal dan kami semua teruja untuk mula bekerja dengannya apabila kami memulakan latihan pramusim tidak lama lagi.”
Pengarah sukan Arsenal, Edu juga menghargai fleksibiliti semua pihak dalam rundingan Kai Havertz.
Chelsea sebelum ini berkeras meminta £75 juta, namun memberikan sedikit tolak ansur kepada Havertz yang meminta kelab itu menjualnya ke Arsenal.
“Kami teruja untuk membawa Kai ke kelab dan kerja hebat oleh semua orang untuk menyelesaikan perjanjian ini,” kata Edu.
“Kai adalah tambahan menarik kepada skuad kami, yang akan membawa kualiti serangan yang hebat dan dia pemain serba boleh.”
Welcome to The Arsenal, Kai Havertz 🤩
— Arsenal (@Arsenal) June 28, 2023
“Sebagai pemain berusia 24 tahun yang berpengalaman, pembeliannya mewakili satu lagi langkah penting dalam mengukuhkan teras muda pemain berbakat yang kami ada di Arsenal. Kami tidak sabar untuk bekerja dengan Kai.”