Arsenal meneruskan pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan musuh tradisi Manchester United, di mana Eddie Nketiah menjadi wira kemenangan Arsenal.
Penyerang antarabangsa England, Marcus Rashford memdiamkan penyokong tuan rumah dengan gol pembukaan yang sangat cantik. Meneruskan lagi rentak jaringannya.
Arsenal menyamakan kedudukan hanya tujuh minit kemudian apabila Nketiah dalam prestasi terbaik melepasi kawalan Aaron Wan-Bissaka di tiang belakang untuk menerima hantaran lintang Granit Xhaka.
Pasukan tuan rumah kemudian diasak dengan serangan bertubi tubi oleh Manchester United. Di mana United hampir mendahului sekali lagi apabila McTominay memaksa Aaron Ramsdale menerbangkan dirinya untuk menafikan percubaan tersebut.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua dua pasukan terikat 1-1.
Arsenal sekali lagi menjadi yang pertama mengancam selepas rehat, dan kali ini giliran mereka pula di hadapan menerusi gol oleh Bukayo Saka pada minit ke-53.
Namun United berjaya menjadikan kedudukan 2-2 menerusi Lisandro Martinez hanya selepas 6 minit kemudian.
Arsenal kembali melakukan serangan dengan meletakkan ramai pemain di kawasan United. Bukayo Saka hampir menambah golnya.
Nketiah kemudian memiliki peluang keemasan. Malangnya, De Gea berjaya menafikan percubaan tersebut dengan penyelamatan berkelas dunia.
Namun De Gea akhirnya tewas sekali lagi di tangan Nketiah. Ianya selepas Nketiah melakukan refleks untuk menyambut bola yang datang kepadanya.
Pengadil memeriksa VAR untuk mengesahkan gol itu. Dan ianya diberikan.
Nketiah menjadi wira kemenangan Arsenal ke atas United dengan keputusan 3-2.
Your defence is in trouble!!! 🎶📞 #GodsPlan @Arsenal pic.twitter.com/Dw9ltLW7T7
— Eddie Nketiah 📞 (@EddieNketiah9) January 22, 2023
Menguatkan lagi kepercayaan peminat bahawa Arsenal akhirnya akan menamatkan kemarau kejuaraan EPL mereka.
Arsenal kini 5 mata di atas City. Dan berpeluang melenarkannya kepada 8 mata menerusi 1 perlawanan dalam tangan mereka berbanding City.