Kai Havertz ke Arsenal antara perpindahan yang berkemungkinan akan berlaku pada jendela perpindahan musim panas kali ini.

Baca Juga:

Kai Havertz sebelum ini menjadi sasaran Bayern Munich dan Real Madrid. Namun kedua dua kelab tersebut tidak setuju dengan tanda harga £70 juta diletakkan Chelsea.

Arsenal turut berminat dengan Kai Havertz. Mereka malah sudah membuatkan Havertz teruja untuk menyertai kelab Arsenal.

Namun halangan terbesar adalah tanda harga £70 juta. Chelsea mahu memulangkan sebahagian besar modal yang mereka laburkan untuk mendapatkan Havertz beberapa musim lalu dengan £75 juta.

Arsenal berharap Chelsea akan terbuka hati untuk mengurangkan lagi harga Havertz.

Dengan pemain itu juga berminat untuk Arsenal, makan The Gunners berharap ianya akan dapat membantu memberikan tekanan kepada Chelsea untuk mengurangkan tanda harga pemain itu.

Ini ditambah dengan keputusan Real Madrid yang ketika ini berkata tidak kepada tanda harga tersebut.

Arteta percaya Kai Havertz adalah penyerang yang mereka perlukan untuk kembali mencabar kejuaraan liga pada musim hadapan.

Havertz dianggap pemain yang sangat bagus secara taktikal. Namun berdepan krisis prestasi musim lalu.

Havertz menegaskan dia bergelut musim lepas kerana perubahan pengurus yang menyukarkan pemain pemain Chelsea untuk membentuk pasukan yang stabil.

Selain daripada Havertz, Chelsea turut bergelut dalam usaha mereka mahu menjual pemain seperti Mason Mount dengan tanda harga yang tinggi.

Di mana Chelsea dilaporkan cuba meminta £75 juta untuk pemain itu. Man United antara pasukan berminat dengan Mount namun tak sanggup membayar lebih £60 juta untuk pemain muda antarabangsa England itu.