Serhii Palkin, CEO pasukan Shakhtar Donetsk sudah mengingatkan bahawa pemain mereka Mykhailo Mudryk hanya boleh dibeli kelab yang kaya yang mampu menepati tanda harga yang mereka letakkan iaitu sekitar €100 juta.

Artikel Berkaitan:

Shakhtar Donetsk dilaporkan sudah menolak bidaan Arsenal dengan pakej asas €40 juta ditambah bonus €20 juta.

Pihak kelab itu memberitahu bahawa, Mudryk hanya akan dilepaskan kepada kelab yang sanggup membayar harga setara dengan Jack Grealish ke Manchester City.

Timbalan Pengarah Shakhtar Donetsk, Nicolini berkata: “€60 juta tak cukup untuk harga Mudryk. Pengarah kami berkata, kami perlukan bidaan yang hampir dengan harga Jack Grealish untuk menjual Mudryk.”

“Kami malah tidak akan melayan atau mempertimbangkan bidaan dengan €40 juta sebagai harga tetap.”

Nampaknya, Arsenal kena buka langkah lagi luas. Masih jauh lagi perjalanan Arsenal dalam harga yang mereka tawarkan.

Sebagai perbandingan, Jack Grealish menyertai Manchester City dengan nilai sekitar €113 juta.

Jadi, Arsenal perlu menyediakan bidaan sekitar harga €100 juta untuk Mudryk.

Namun rundingan Mudryk ini dilaporkan masih berjalan dan tidak ‘mati’ walaupun harga yang ditawarkan Arsenal jauh daripada tanda harga diletakkan oleh Shakhtar.

“Rundingan melibatkan Mudryk masih berlangsung,” kata Palkin kepada laman rasmi kelab.

“Kami menerima tawaran, namun tawaran itu bukannya angka yang kami mahu lihat di atas meja kami.”

“Sekarang ini, boleh dikatakan, setiap 5 minit saya akan menerima panggilan daripada Arsenal. Kami terbuka untuk berunding, sedia untuk bertukar tukar idea dan membincangkan soal harga.”

Mudryk dinilai €100 juta

“Jika kami setuju, jadi ianya akan berlaku. Jika tidak, kami akan cuba mendengar tawaran lain di lain hari.”

Mudryk menjadi sasaran utama Arteta dalam perpindahan kali ini lebih lebih lagi kecederaan yang menimpa Gabriel Jesus dan memerlukan pemain itu berehat panjang.

Arteta mahu memperkuatkan pasukannya untuk terus berada di puncak Liga Perdana Inggeris dan menjuarainya pada akhir musim ini.

Arteta menegaskan bahawa Arsenal masihn tidak cukup bagus untuk mengabaikan peluang menandatangani pemain pada Januari ini.

Mudryk adalah pemain yang boleh bermain di banyak posisi di zon serangan.