Khabar kurang gembira datang dari kem skuad kebangsaan apabila du pemain, Arif Aiman Hanapi dan Endrick dos Santos telah dilepaskan keluar dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selepas ujian yang dibuat mengesahkan kedua-dua itu mengalami kecederaan.
Baca Juga:
- Peminat Sambut Baik Kehadiran Paulo Josué Dan Endrick dos Santos Dalam Skuad Harimau Malaya
- Kim Pan Gon: Tahap Kecergasan Pemain Masih Tidak Memuaskan
- Kim Pan Gon Pening Kepala Pilih Kesebelasan Terbaik Lawan Turkmenistan
Perkara ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana kedua-dua pemain tidak akan beraksi pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong.
Siaran Media: Arif Aiman, Endrick Dilepaskan Dari Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya
▶️ Baca penuh di https://t.co/8qfq2gyS3d#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/BDYlFRpxA7
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 26, 2023
“Dengan situasi terkini itu, Arif Aiman dan Endrick dos Santos sah tidak dapat diturunkan untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong pada Selasa, 28 Mac 2023.
“Pegawai dan pasukan perubatan FAM sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemainnya dan telah bersetuju untuk melepaskan Arif Aiman dan Endrick dari kem latihan pusat ini supaya mereka dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini.
“Dengan ketiadaan Arif Aiman dan Endrick, baki 25 pemain lain akan meneruskan kem latihan pusat ini dan tiada penambahan pemain baharu. Semoga cepat sembuh, Arif Aiman dan Endrick,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan FAM.
Sebelum ini, pasukan negara meraih kemenangan tipis 1-0 ketika berdepan Turkmenistan dimana Akhyar Rashid menjadi wira negara dimana beliau menjaringkan satu-satunya gol skuad kebangsaan pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim.