Arab Saudi dilaporkan menarik diri daripada bidaaan sebagai tuan rumah Piala Dunia 2030.

Baca Juga:

Arab Saudi sebelum ini menjadikan Lionel Messi sebagai duta pelancongan negara mereka dan membantu dalam usaha promosi Arab Saudi sebagai calon tuan rumah Piala Dunia 2030.

Malah pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema turut bersetuju membantu menaikkan lagi publisiti negara itu sebagai calon tuan rumah Piala Dunia 2030.

Dalam kontrak Karim Benzema terdapat klausa khas menyatakan bahawa dia adalah duta delegasi Arab Saudi yang membida hak Piala Dunia 2030.

Kehadiran ramai bintang besar ke Liga Pro Saudi telah disokong oleh kerajaan dan kerabat diraja Arab Saudi. Ianya dianggap penting dalam usaha menaikkan imej negara itu sebagai calon tuan rumah 2030.

Arab Saudi tidak senang duduk melihat jiran mereka, Qatar sebelum ini dipuji ramai pihak selepas kejayaan mereka mengajurkan Piala Dunia 2022.

Seperti diketahui sentimen persaingan Arab Saudi dan Qatar di timur tengah sangat kuat.

Malangnya, selepas satu mesyuarat khas dibuat baru baru ini. Arab Saudi sedia menarik diri daripada senarai pembida.

Kini calon tuan rumah bersama iaitu Sepanyol, Portugal dan Maghribi telah menjadi semakin kuat untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030.

Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud, telah menghubungi rakannya daripada delegasi Greece dan Mesir bahawa delegasi Arab Saudi akhirnya menarik diri dan tidak akan mengemukakan pencalonan untuk Piala Dunia 2030.

Menurut Marca, selepas Arab Saudi membuat kajian secara terperinci, Arab Saudi telah membuat kesimpulan bahawa adalah mustahil untuk mengatasi pencalonan Sepanyol-Portugal-Maghribi.

Ianya selepas Arab Saudi akhirnya menyedari kerja yang telah dilakukan oleh lawan mereka itu dan kelebihan yang mereka miliki dalam semua aspek selepas bertahun-tahun bekerja dengan serius dan dalam keadaan senyap.

Arab Saudi mengakui selama ini mereka tidak sedar dan terlepas pandang strategi diplomatik bijak RFEF yang direka oleh Luis Rubiales dan oleh Fernando Gomes dan Antonio Laranjo (Persekutuan Bola Sepak Portugis) sebenarnya mengukuhkan lagi kekuatan mereka sebagai calon pilihan utama.

Setakat ini, hanya pencalonan Amerika Selatan dengan Argentina, Uruguay, Chile dan Paraguay telah dilihat sebagai saingan kepada trio Sepanyol-Portugal-Maghribi.

Pada September 2024, nama pemenang bagi bidaan tuan rumah Piala Dunia 2030 akan diumumkan.