Wakil Asia, Arab Saudi harus berbangga kerana mereka muncul sebagai satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan juara Piala Dunia 2022 iaitu Argentina di Qatar ketika perlawanan pembukaan kumpulan C pada 22 November lepas.
Baca Juga:
- Argentina vs Arab Saudi: Yasser Al-Shahrani Alami Retak Tulang Rahang Dan Wajah
- Lionel Messi Kini Bergelar Duta Pelancongan Arab Saudi
- Poland vs Arab Saudi: Jaringan Lewandowski Tumbangkan Wakil Asia
Kemenangan skuad kendalian Herve Renard itu sememangnya sesuatu yang mengejutkan peminat bola sepak dunia apabila Argentina hadir dengan reputasi hebat dimana bintang terkemuka, Lionel Messi turut diturunkan.
Barisan pemain Arab Saudi tidak gentar untuk bermain garisan tinggi [High Line] sehingga mampu memerangkap jentera serangan Argentina.
Argentina beat the reigning champions Brazil to win the Copa América
Argentina beat the European Champions Italy to win the Finalissima
Argentina beat the reigning champions France to win the World Cup
And Saudi Arabia beat Argentina. 😉 pic.twitter.com/X4CTwFVTIu
— Squawka (@Squawka) December 18, 2022
Hasilnya tiga jaringan Argentina yang dihasilkan menerusi Lionel Messi dan Lautaro Martinez (dua gol) pada minit ke-22, 27 serta 35 dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.
Igauan ngeri Argentina bermula pada minit ke-48 apabila percubaan kaki kiri Saleh Al-Shehri dalam kawasan penalti selepas menerima hantaran Feras Al-Brikan berjaya membolosi gawang Argentina yang dikawal Emiliano Martinez.
Bagaikan mendapat tonik berguna susulan jaringan tersebut, Salem Al-Dawsari meledakkan rembatan padu untuk menewaskan Martinez berselang lima minit kemudian bagi memberikan kelebihan buat wakil Asia itu.
Kedudukan 2-1 itu kekal hingga tamat permainan untuk menghadiahkan kemenangan berharga buat Arab Saudi.
Saudi Arabia 🇸🇦 is technically World Cup champion because they beat Argentina 😂 pic.twitter.com/7VfLxZGkPt
— Khaled Beydoun (@KhaledBeydoun) December 18, 2022
Ia juga merupakan rekod pertama kali Argentina dibolosi dua gol pada perlawanan pembukaan Piala Dunia sejak kali terakhir mengalaminya pada 1974 (tewas 2-3 ditangan Poland).
Manakala, Arab Saudi turut menjadi negara Asia pertama yang berjaya menjaringkan dua gol ke atas Argentina dalam sejarah Piala Dunia.
Susulan kemenangan tersebut, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, mengumumkan cuti umum untuk semua pekerja di negara itu sehingga memberi kesan kepada pelajar yang sedang menduduki peperiksaan akhir tahun dan ia terpaksa dijadualkan semula.
Never forget Hervé Renard’s words after his Saudi Arabia team beat Argentina…
“Argentina will advance out of the group stages and win the World Cup.” pic.twitter.com/Y9ua3nULbc
— MC (@CrewsMat10) December 18, 2022
Malah, kata-kata Herve Renard mengenai pasukan Argentina kembali tular di media sosial selepas skuad kendalian Lionel Scaloni dinobatkan sebagai Juara Piala Dunia 2022 menewaskan Perancis.
Herve ketika itu meramalkan Argentina akan menjadi juara Piala Dunia tahun ini walaupun masih bergelut di peringkat kumpulan.
“Argentina akan melepasi peringkat kumpulan dan menjuarai Piala Dunia,” kata Herve.