Piala Asia bakal diadakan buat edisi ketiga berturut-turut di bumi Arab apabila saingan 2027 menyaksikan Arab Saudi telah dipilih sebagai tuan rumah.

Baca Juga:

Ia merupakan kali pertama negara yang muncul juara tiga kali (1984, 1988 dan 1996) itu bergelar tuan rumah dimana Qatar akan menganjurkan kejohanan tersebut pada tahun hadapan.

Perkembangan terkini tersebut disahkan oleh Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa dalam kongres ke-33 badan induk bola sepak Asia itu di Manama, Bahrain.

“Mari saya ucapkan tahniah kepada Persatuan Bola Sepak Aran Saudi (SAFF) kerana telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Piala Asia AFC 2027,” ujar Shaikh Salman menurut laporan di laman sesawang rasmi AFC.

“Ia merupakan pertama kali kejohanan ini akan diadakan di Aran Saudi dan kami tidak sabar untuk bekerja dengan erat bersama SAFF dan Kerajaan Arab Saudi untuk menganjurkan Piala Asia AFC yang tidak akan dilupakan oleh para penyokong dan pemain pada tahun 2027 nanti.”

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Olimpik & Paralimpik Saudi, Putera Abdul Azia bin Turki Al-Faisal meluahkan kegembiraannya berhubung pemilihan tersebut.

“Ia merupakan satu penghormatan selepas terpilih untuk menjadi tuan rumah Piala Asia AFC 2027 dan bakal menjadi detika yang bersejarah dan menggembirakan buat bola sepak di Arab Saudi.”
“Kami percaya hari terbaik buat bola sepak Asia masih belum tiba dan kami melihat kejohanan ini sebagai peluang untuk mempamerkan sesuatu yang hebat tentang bola sepak di sini.”
“Pengalaman kami dalam menganjurkan acara sukan dan hiburan utama bermakna kami bersedia untuk menyampaikan dan mengalu-alukan peminat dari seluruh Asia dan dunia.”

Selepas diadakan di Australia pada edisi 2015, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula bergelar tuan rumah saingan 2019 dan diikuti Qatar (2023).

Sumber