Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam diumumkan sebagai pemenang anugerah Dream Asia AFC untuk kategori Inspirasi (Gangsa) di AFC House, Bukit Jalil. Ia merupakan kejayaan kedua yang diraih selepas memenanginya dalam kategori Pembangunan tahun lalu.

FAM memenangi Gangsa di belakang Persatuan Bolasepak China (Perak) dan Persatuan Bolasepak Jepun (Emas).

Menurut kenyataan rasmi, FAM berjaya memenuhi beberapa kriteria yang diperlukan iaitu mempamerkan contoh terbaik yang mana penerima anugerah dinilai menerusi inisiatif tanggungjawab sosial di antara bulan Julai 2018 dan Julai 2019 antaranya merangkumi pembangunan sosial kanak-kanak dan remaja, pendidikan dan intergriti, kesihatan dan kemanusiaan.

Dalam menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada AFC atas anugerah itu, Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam percaya pengiktirafan berkenaan mampu mencetus daya kerja dan tadbir urus lebih baik di kalangan kakitangan FAM.

74211411_2469704826459600_6351917328367616000_n
FOTO: FAM

“Ini satu penghormatan buat kami selepas berjaya menerima anugerah kali kedua, yang mana kami turut menerima anugerah dalam kategori pembangunan tahun lalu.

“Terima kasih diucapkan kepada rakan kerjasama kami untuk komitmen dan sokongan yang berterusan. Kami berharap FAM akan terus menjadi inspirasi dalam sukan bola sepak.

“Anugerah ini juga bakal menaikkan semangat bekerjasama dengan rakan gabungan dalam menggunakan bola sepak sebagai pemangkin dalam mendidik dan menggilap bakat pemain muda negara,” kata Stuart.

Anugerah berkenaan disampaikan kepada Stuart oleh Pengerusi Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial AFC, Zaw Zaw.

Lagi artikel menarik mengenai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui pautan dibawah.

Subkhiddin Puji Tindakan FAM Guna Pengadil Tempatan Kendalikan Final Piala Malaysia

FAM Nafi Kejohanan Piala Presiden Dan Piala Belia Dibubarkan Musim Depan

FAM Risau Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Rosak Teruk Selepas Final Piala Malaysia