Kekalahan kedua kepada PKNS bukan sesuatu yang mengejutkan. Namun persoalannya, corak permainan Kelantan tidak teratur dan senang dibaca oleh PKNS.
Akhirnya 4 gol bolos (lupakan gol saguhati dari Ghaddar). Peluang untuk mara jauh Piala FA sudah tertutup rapat. Menambah perit lagi apabila Kelantan berada dikedudukan kedua terakhir Liga Super hasil dari 1 kemenangan, 1 seri dan 3 kekalahan. Satu situasi yang memerlukan tindakan pantas dan lebih berkesan.
Tiada siapa yang dapat meramal masa depan tetapi pengurusan KAFA boleh merancang untuk masa depan. Sebaik baik perancangan yang dibuat namun hasil tidak semestinya sempurna namun akan terbit sedikit kejayaan yang menentukan kredibiliti pengurusan.
Soalnya adakah pengurusan Kafa membuat perancangan? Betul atau tidak perancangan itu satu persoalan yang lain.
Jika kita lihat sejak pra musim 2018 sudah ada beberapa keputusan kurang menyakinkan sudah dibuat.
Pelantikan Sathit Bensoh sebagai Ketua Jurulatih
Berbekalkan pengalaman sebagai Pembantu Zahasmi untuk semusim bersama TRW dan mencipta MAGIS (kononnya) selepas menang perlawanan terakhir Liga Super 2017 ke atas Melaka.
Ramai dikalangan penyokong bahkan segelintir exco yang tidak bersetuju dengan pelantikan SB. Akhirnya? SB ditunjuk jalan keluar setelah 3 perlawanan. Pengurusan seolah olah menyalahkan SB 100%.
KAFA Tidak Belajar, Ulang Kesilapan Sama
Beberapa calon bakal jurulatih menjadi rumors di media sosial dan media cetak. Ada yang sudah berada di Kelantan untuk menyaksikan perlawanan. Namun pengurusan Kafa sekali lagi mengunakan kaedah yang sama.
Zahasmi Ismail diturunkan pangkat, dinaikkan pangkat pembantu beliau – Sathit Bensoh, dan direhatkan, memberi peluang kepada pembantu beliau Yusri Che Lah untuk mengendalikan pasukan dengan mengharapkan magis sekali lagi berulang.
Harus diingat magis tidak akan berulang ulang, jika tidak ianya tidak dipanggil magis.
Keadaan semasa bolasepak Kelantan lebih terarah ke tahap lebih tragis. Menunggu sehingga dibelasah dan dimalukan. Sekali lagi keputusan penting dibuat, iaitu melantik Fajr Ibrahim sebagai Pengarah Teknikal dan menunggu masa yang sesuai untuk dikalungkan kad akreditasi Ketua Jurulatih.
“Kenapa tak dilantik terus ke jawatan Ketua Jurulatih. Formasi apa yang hendak diguna pakai oleh pengurusan Kafa? Wallahualam..”
Kuasa Pemain
Siapa yang memberikan kuasa kepada pemain. Pemain2 sendirikah? Jurulatihkah? Pengurus Pasukan kah? Exco kah? atau dari Presiden sendiri? Siapa perlu ikut siapa?
Jika diawal-awal lagi setiap keperluan pemain semua diikuti maka setinggi penghargaan perlu diberi kepada pengurusan Kafa. Namun jika setiap kehendak pemain dilayan dan diikuti maka awal-awal lagi pengurusan sudah buat silap.
Rujuk kenyataan Presiden
“SEKARANG KITA DAH TAK PERLU IKUT APA YG PEMAIN NAK TETAPI PEMAIN PERLU BERTANGGUNGJAWAB DARI APA YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN. NAK TUKAR COACH DAH TUKAR ,NAK GAJI DAH BAYAR’
Maksudnya disini tiada konsistensi dari pengurusan itu sendiri. Adakah pengurusan faham maksud keperluan dan kehendak?
Gaji = Keperluan
Tukar Jurulatih?
Lemah pengurusan maka lemahlah pasukan. Kenapa bila ada individu2 yang layak untuk membantu ditolak ketepi?
Tetapi ada individu-individu yang tidak layak terus diangkat dan diberi jawatan penting dalam pengurusan. Berfikirlah secara lojik tanpa prejudis.
Buang ego, kurang bercakap dan masih belum terlambat.
Nota: Artikel ini telah diambil dengan kebenaran dari En. Anuar Rajib, bekas pemain Kelantan dan Terengganu era 80an dan 90an dan telah disunting untuk penerbitan seperti artikel diatas. https://www.facebook.com/anuar.rajib.5