Anthony Gordon memberitahu Everton dia sudah tak ada hati bermain untuk kelab yang dia sokong dari kecil itu dan desak perpindahan ke Newcastle United.

Baca Juga:

Beberapa minggu lalu, Gordon dikejar oleh penyokong Everton kerana tidak berpuas hati dengan prestasi kelab.

Dan kini pemain muda yang sangat menyerlah musim lalu itu, sedia untuk berpindah ke Newcastle.

Newcastle dilaporkan sedia membayar £55 juta untuk pemain itu. Namun Everton masih enggan melayan sebarang bidaan daripada mana mana kelab lain untuk pemain itu.

Mendengar kelab tidak mahu mempertimbangkan tawaran daripada Newcastle, Anthony Gordon memberitahu Everton bahawa dia sudah tidak ada hati untuk kembali beraksi bersama Everton.

Gordon sudah tidak hadir dalam 3 sesi latihan terakhir pasukan Everton tanpa alasan yang benar benar kukuh.

Malah ada laporan menyebut bahawa Gordon sebenarnya memang sedang mogok, mendesak perpindahan ke Newcastle.

Everton dan Newcastle sedang dalam rundingan rasmi namun Everton masih tidak menerima nilai yang ditawarakan oleh Newcastle kepad mereka.

Musim panas lalu, Gordon pernah dikaitkan dengan pasukan Chelsea.

Anthony Gordon merupakan graduan akademi Toffees dan dianggap sebagai calon kapten masa depan untuk pasukan itu.

Dia merupakan peminat tagar pasukan Everton sejak dari bangku sekolah lagi. Prestasinya di bawah Frank Lampard musim lalu benar benar luar biasa.

Dia menjadi pemain kesayangan peminat sebelum ini. Dan kini Anthony Gordon desak agar perpindahan ke Newcastle direalisasikan.

Gordon tertarik untuk terlibat dalam projek kelab Newcastle yang semakin membangun pesat.

Everton kini berdepan masalah yang sangat sukar. Mereka berada di zon penyingkiran dan baru sahaja memecat Frank Lampard.

Marcelo Bielsa menjadi calon utama untuk menjadi pengurus Everton. Namun Bielsa pula tidak yakin dengan ramai Everton yang dianggap sesuai dengan corak taktikalnya.