Nasib kurang baik menimpa bekas pemain Selangor dan Andik Vermansah, Andik Vermansah apabila beliau kini berstatus ejen bebas dan dilaporkan sedang mencari kelab baharu.

Artikel Berkaitan:

Andik menjadi salah satu dari beberapa pemain ternama di Liga 1 Indonesia yang masih belum mempunyai kelab walaupun saingan musim 2023/2024 sudah bermula.

Selain Andik, beberapa pemain yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia seperti Irfan Bachdim, Lerby Eliandri dan Yanto Basna turut berdepan kesukaran mencari kelab baharu.

Kali terakhir Andik beraksi di peringkat kelab ialah pada musim 2022/2023 yang mana beliau beraksi bersama Bhayangkara FC.

Ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada 205 hingga 2018, Andik Vermansah dikenali sebagai pemain sayap yang mempunyai kelincahan serta kelajuan yang cukup baik.

Tiga musim bersama Selangor menyaksikan pemain itu memenangi satu gelaran Piala Malaysia pada 2015 dan muncul sebagai naib juara pada musim berikutnya.

Kejuaraan Piala Malaysia kekap menjadi satu-satunya piala yang dimenangi Andik ketika beraksi di Liga Malaysia dan pada 2019, pemain berusia 31 tahun itu kembali ke Indonesia dengan menyertai Madura United.

Andik dilihat masih relevan sekiranya ada kelab Liga Malaysia mengambil khidmatnya ekoran mempunyai pengalaman yang luas mengenai bola sepak negara ini.