Real Madrid kini mencari pemain penjaga gol untuk mengisi tempat Thibaut Courtois yang sah tersisih lama kerana masalah kecederaan ACL dan nama De Gea mulai dikaitkan dengan kelab itu.

Baca Juga:

David De Gea memiliki 1 lagi kesempatan terakhir untuk menyarung jersi Real Madrid selepas usahanya ke kelab itu pada satu masa dulu dihampakan oleh tragedi mesin faks.

Ketika itu Real Madrid dan Man United sudah mencapai kesepakatan untuk perpindahan De Gea, namun dokumen gagal diproses pada masa yang ditetapkan kerana mesin faks Man United rosak.

Ketika ini, Real Madrid kehilangan khidmat Thibaut Courtois untuk jangka panjang kerana mengalami ACL.

Dan Real Madrid dilaporkan berminat mendapatkan De Gea. Namun laman Cope Sepanyol melaporkan idea itu ditentang Ancelotti yang kurang yakin dengan kemampuan De Gea.

De Gea merupakan pemenang sarung tangan emas EPL musim lalu – anugerah untuk penjaga gol terbaik Liga Perdana Inggeris.

Dia kini bergelar ejen bebas dan pernah menyatakan keinginannya untuk bermain untuk Real Madrid pada satu ketika dulu.

Dengan Carlo Ancelotti yang dikatakan mahu menggunakan kuasa vetonya menentang perpindahan De Gea itu untuk menjadi pengganti Courtois.

Maka Real Madrid kini beralih kepada Yassine Bounou yang merupakan penjaga gol Sevilla.

Sevilla sedia menjual pemain itu dengan harga tidak terlalu tinggi. Memandangkan kelab itu masih perlu meraih lagi pendapatan hasil penjualan pemain kerana beban kewangan yang mereka hadapi.

Real Madrid mahu meyakinkan Bounou untuk tidak terlibat dalam Piala Negara Afrika pada musim ini jika dia mahu menyertai Real Madrid.

Real Madrid pastinya sedar, Bounou juga merupakan penjaga gol yang menjadi sasaran Bayern Munich selepas De Gea dikatakan tidak begitu berminat bermain untuk gergasi Jerman itu.

Seorang lagi nama yang berada dalam radar Real Madrid iaitu penjaga gol asal Goergia iaitu Giorgi Mamardashvili yang beraksi untuk Valencia.