Analisis – Manchester City kalah di tangan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam. Di mana Arsenal menang tipis 1-0 hasil jaringan Gabriel Martinelli.

Baca Juga:

Ada 3 aspek penting yang kami gariskan daripada perlawanan ini. Ini analisis kami bagaimana City boleh kalah di tangan Arsenal.

1. Arsenal cukup bagus berdepan kualiti Man City

Pep Guardiola selepas tamat perlawanan mengakui kedua dua pasukan hampir setara dalam semua aspek termasuk high pressing.

Arsenal tidak gentar walaupun bertarung di zon sangat kecil di tengah kerana kedua dua pasukan meningkatkan garisan belakang mereka.

Ini bukti Arsenal memiliki kualiti serba serbi cukup untuk bergasak dengan Man City di setiap zon.

Arsenal pada satu ketika kelihatan lebih baik daripada Man City ketika mereka mengerumuni zon pertahahan Man City.

Dengan penguasaan bola boleh dikatakan seimbang iaitu 49-51% daripada Arsenal dan City.

2. Man City kurang kualiti di sayap

Isu terbesar Man City dalam perlawanan ini adalah kualiti di bahagian sayap. Mereka memiliki pemain seperti Kyle Walker yang boleh membantu pemain sayap sebagai extra man.

Namun dalam perlawana ini, 2 koridor sayap Man City seringkali dineutralkan Arsenal. Kesannya Man City gagal mencipta peluang lebih baik kepada Erling Haaland.

Heatmap ini menunjukkan Man City tidak banyak impak di kawasan gol Arsenal.

Arsenal berjaya mengurangkan impak serangan City dengan menutup segera passing lane mereka.

City bergantung kepada bek sisi untuk beraksi di sayap tinggi mereka. Kerana Julian Alvarez dan Phil Foden seperti gandingan double 10 atau double 8 di belakang Haaland dalam formasi asas 4-3-2-1.

Rico Lewis tidak cukup bagus ketika menyerang dari aspek kreatitivi. Tidak hairan kenapa dia dikeluarkan.

3. Kualiti pemain gantian

Ini aspek terbesar yang Arsenal miliki. Mereka memiliki pemain gantian berimpak tinggi. Sementara Man City tidak dapat melakukannya.

Biasanya City yang memiliki impak dari bangku simpanan. Sebaliknya Arsenal kali ini. Arsenal sebenarnya lebih cepat memperbaiki impak rendah di bahagian sayap.

Awalnya mereka meletakkan Trossard di sayap, dan menggantikannya dengan Martinelli pada separuh masa kedua.

Gabriel Jesus sebenarnya banyak kali menyusahkan Josko Gvardiol tetapi sayangnya penyudah beliau tumpul.

Havertz dimasukkan sebagai false 9 menggantikan Nketiah. Di mana pemain itu lebih bagus dalam menyimpan bola. Dan akhirnya mereka mendapat gol daripada Martinelli hasil umpanan Havertz.

Lihat detik yang memberikan perbezaan di sini, satu shield yang nampak mudah di mata kita sebenarnya tak mudah. Itulah yang membolehkan Havertz kekal stabil dan melorongkan bola kepada Martinelli.

Rumusan

Ianya isu formasi dan juga kelebaran City dalam perlawanan ini. Arsenal bersedia dengan pelan taktikal lebih baik. Dengan sumbangan Declan Rice juga harus dipuji. Dia bertindak sangat fleksibel, cuma tak jadi keeper sahaja dalam perlawanan ini.