Skuad Malaysia B-15 terus mengekalkan aksi konsisten selepas menewaskan Kemboja, 2-0 dalam perlawanan kedua dalam kumpulan B kejohanan AFF B-15 di Thailand petang semalam.

Ini adalah kemenangan kedua mereka selepas membelasah Brunei, 8-0 kelmarin dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah sejak beraksi dalam kejohanan jemputan di China pada minggu lalu.

Bagaimanapun, skuad kendalian P. Maniam itu terpaksa menunggu sehingga minit ke 63 untuk memperolehi jaringan pertama melalui Muhammad Izrin Ibrahim. Tiga minit kemudian, Aliff Izwan menambah gol kedua melalui sepakan percuma sekaligus mengesahkan tiga mata penuh menjadi milik Malaysia.

Dalam perlawanan lain dalam Kumpulan B, Australia mengalahkan Laos 3-0 manakala tuan rumah, Thailand membelasah Brunei, 7-1 lalu melonjakkan kedudukan mereka di tangga kedua.

aff u16 GROUP N RESULT-01

Selepas ini, Malaysia akan menghadapi perlawanan yang sukar menentang Australia pada hari khamis ini (1 Ogos 2019) dan berpeluang mengukuhkan kedudukan ditangga teratas dalam kumpulan B jika terus mengekalkan prestasi yang konsisten.