Juventus menelan kekalahan terburuk mereka di UCL pada era Allegri dan yang pertama kali mereka kalah dengan margin 4 gol dalam semua pertandingan sejak 2004 lalu di tangan AS Roma.
Chelsea bermaharajela di Stamford Bridge dengan 3 daripada 4 gol mereka adalah daripada bakat kelahiran akademi mereka – Trevor Chalobah, Reece James dan Callum Hudson Odoi.
Satu lagi gol adalah daripada Timo Werner oada masa kecederaan. Meneruskan lagi prestasi cemerlang juara eropah itu pada musim ini.
Allgeri menyatakan bahawa pasukannya bermain sangat baik pada separuh masa pertama. Mereka cuma bolos satu gol pada separuh masa pertama.
Namun aksi di separuh masa kedua Juve ternyata berbeza dan menghampakan Allegri. Mereka melakukan dua kesilapan yang membenarkan gol kedua dan ketiga Chelsea.
Allegri bercakap kepada wartawan: “Saya rasa pasukan kami bermain sangat baik pada separuh masa pertama. Seleaps rehat, mereka [Chelsea] meningkatkan lagi intensiti mereka, sementara kami terlalu lemah pada gol kedua dan ketiga mereka.”
“Kami memberikan mereka terlalu banyak sepakan sudut. Pasukan lawan hari ini sangat kuat secara fizikal. Ada beberapa situasi kami seharusnya lebih baik.”
“Ianya sangat mengecewakan kerana bolos 4 gol. Namun misi kami untuk mara ke 16 akhir sudah tercapai. Fokus kami adalah aksi menentang Atalanta pada Sabtu.”
Allegri kemudian tidak mahu para peminat Juventus terlalu terbuai buat dengan prestasi Juventus dengan Lazio. Kerana di pentas seperti UCL ternyata Juventus menunjukkan hakikatnya pasukan tersebut masih jauh daripada pasukan elit lain di Eropah.
“Selepas mengalahkan Lazio, itu bukan bermakna kami adalah antara pasukan terbaik di Eropah. Kami masih terbatas, dan itu tak dapat disangkal. Namun kami sentiasa berusaha meningkatkan kualiti kami.”
Baca juga artikel
Alex Ferguson Ketuai Pakatan Calonkan Pochettino Jadi Pengurus Baharu Manchester United
Drogba Mahu Menangis Mengenangkan Salah Bakal Pecah Semua Rekodnya