Ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking menegaskan meskipun pasukannya mempunyai kelebihan dua gol ke atas Vietnam, namun tugasan masih belum selesai bagi anak-anak buahnya.
Dua jaringan Chanathip Songkrasin pada aksi separuh akhir pertama semalam memberi kelebihan ke atas Vietnam sekaligus menjadi pasukan Asia Tenggara pertama yang menewaskan skuad bimbingan Park Hang-seo dalam tempoh tiga tahun.
Polking menegaskan beliau belum berpuas hati kerana masih ada perlawanan separuh akhir kedua yang perlu dihadapi dan apa saja boleh berlaku dalam bola sepak.
🎥 HIGHLIGHTS | 🇻🇳 Vietnam 0-2 Thailand 🇹🇭
There was far more goalmouth action than the scoreline suggests, making for big showdown in the second leg between them on boxing day! ⭐️🆚🐘#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #VIEvTHA pic.twitter.com/PMP3pu3nZ8
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 23, 2021
“Kami memiliki kelebihan kecil dengan dua gol ini. Ini adalah langkah pertama yang sangat penting namun semuanya belum selesai. Kami tahu kami perlu menyesuaikan diri dengan beberapa hal dan kami tahu kami mampu untuk menampilkan aksi yang lebih baik. Tetapi meraih hasil adalah lebih penting.
“Pada separuh masa kedua kami melakukam beberapa percubaan dan cuba untuk tampil lebih baik namun sayangnya kami gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti.
“Itu akan menjadikan perancangan sempurna namun kami sudah meraih hasil yang baik. Sekarang pemain perlu berehat dan menjalani pemulihan,” kata Alexandre Polking.
Dua gol Chanathip hadir pada separuh masa kedua iaitu pada minit ke-14 dan 23 sekaligus memberikan kelebihan dua gol buat juara lima kali itu.
Vietnam mempunyai beberapa peluang keemasa untuk menyamakan kedudukan namun dua percubaan yang dilakukan oleh Nguyen Quang Hai terkena palang gol Thailand.
Aksi separuh akhir kedua akan berlangsung pada 26 Disember ini dan sekiranya Thailand berjaya mempertahankan kelebihan yang dimiliki, maka mereka akan mara ke perlawanan akhir dan meneruskan misi untuk memenangi kejuaraan buat kali keenam.
Satu lagi aksi separuh akhir kedua antara Indonesia menentang Singapura akan berlangsung pada 25 Disember dan kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbanb untuk mara ke pentas akhir.
Pada aksi separuh akhir pertama, Indonesia dan Singapura terikat 1-1 dimana jaringan dihasilkan oleh Witan Sulaeman dan Ikhsan Fandi.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Piala AFF Suzuki 2020 di sini:
Tak Puas Hati Dengan Mutu Pengadilan, Park Hang-seo Mahu AFF Pasang VAR
Piala AFF 2020: Kelibat Chanathip Songkrasin Leburkan Rekod Hebat Vietnam
Untung Pemain Thailand Dapat Pengurus Kaya, Buat ‘Lucky Draw’ Hadiah Barangan Berjenama Mewah