Alan Shearer mengkritik Nicolas Jackson sebagai penyerang yang bermasalah dengan aspek pemposisian di atas padang.

Baca Juga:

Chelsea menelan satu lagi kekalahan dalam EPL musim ini walaupun skuad mereka serba mewah dengan perbelanjaan sangat besar dalam beberapa jendela perpindahan terakhir.

Brentford menjadi pasukan terbaru yang membawa pulang mata penuh daripada aksi menentang Chelsea.

Di mana skuad bimbingan Thomas Frank itu menang bergaya 2-0 ke atas Chelsea.

Gol daripada Ethan Pinnock pada minit ke-58 dan gol pada masa kecederaan menerusi Bryan Mbuemo pada masa kecederaan membolehkan Brentford memintas Chalsea untuk menduduki tangga ke-10 dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Sementara Chelsea pula berada di tangga ke-11 pada masa ini. Kedudukan yang jelas menyukarkan mereka untuk bersaing kejuaraan liga sama sekali.

Selepas tamat perlawanan ada penyokong Chelsea yang dikatakan telah mengherdik Jackson dengan mempersoalkan apa yang telah dilakukan pemain itu di atas padang?

Jackson membalas dengan memberikam isyarat ‘shuhhh’ kepada peminat itu. Dilaporkan Pochettino datang untuk meleraikan keadaan.

Di studio pula, Alan Shearer dengan terbuka mengkritik Nicolas Jackson sebagai tidak cukup bagus untuk menjadi penyerang Chelsea buat masa ini.

Apa masalah Nicolas Jackson?

Menurut penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam EPL, Jackson tidak bagus dalam aspek positioning. 

Dia tidak memberikan pertahanan lawan ‘kerja’ kerana cara dia bermain lebih memilih untuk mengelak pertarungan duel.

Shearer turut melabel Jackson seperti budak mentah yang hilang arah tuju ketika di atas padang.

Shearer dalam ulasannya berkata: “Chelsea pada hari ini tidak ada tanda tanda akan dapat menjaringkan gol langsung.”

“Untuk menjadi lebih prolifik kamu harus meletakkan diri kamu pada kedudukan yang tepat untuk menjaringkan gol.”

“Ada isu dengan kekurangan pergerakan yang sangat ketara daripaa Nicolas Jackson pada hari ini.”

“Dia kelihatan sangat mentah pada hari ini dan pada masa yang sama kelihatan tidak tahu apa yang dia harus lakukan. Kamu sebagai penyerang, harus membuatkan pertahanan lawan bekerja.”

“Seorang penjaring gol tidak berlegar legar di dalam hujung kotak seperti yang dia lakukan. Ianya menjadi tugasan dia untuk pergi ke dalam kawasan paling atas.”