Syarikat sukan terkemuka, Adidas telah memperkenalkan bola rasmi yang akan digunakan pada perlawanan separuh akhir dan final Piala Dunia 2022 di Qatar. Bola tersebut dikenali sebagai Al Hilm.
Baca Juga:
- Al Rihla Sah Jadi Bola Rasmi Piala Dunia 2022, Menyokong Permainan Pantas Bola Sepak Moden
- Bola Rasmi Piala Dunia 2022 Sebenarnya Buatan Indonesia
- Bola Piala Dunia Perlu Dicaj Dahulu Sebelum Perlawanan Bermula
- Nike Flight Digunakan Sebagai Bola Rasmi Aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022
Al Hilm dalam bahasa arab bermaksud impian dan menampilkan reka bentuk grafik yang unik sekaligus membezakannya daripada Al Rihla yang digunakan sepanjang kejohanan Piala Dunia 2022.
Sama seperti Al Rihla, Al Hilm juga dilengkapi dengan teknologi tinggi yang mempunyai penderia atau βsensorβ seberat 14 gram di dalamnya yang membolehkannya dijejaki dalam masa nyata serta titik pin lokasi tepat pada bila-bila masa.
Penggunakan teknologi itu membolehkan lokasi bola dikenal pasti dengan lebih tepat dan membantu pengadil menilai gol, kedudukan ofsaid dan aspek kesalahan lain dalam perlawanan.
Al Hilm (the dream) β½οΈ The ball with which either Morocco π²π¦, Croatia ππ·, Argentina π¦π· or France π«π· will be World Champion!#Qatar2022 #FIFAWorldCup #MAR #HRV #ARG #FRA pic.twitter.com/BVEg18R4Ps
— beIN SPORTS USA (@beINSPORTSUSA) December 11, 2022
Al Hilm merupakan bola ke-15 dibangunkan jenama Adidas untuk Piala Dunia FIFA. Seni rekaan pada bola berkenaan mendapat inspirasi daripada sentuhan budaya dan warna bendera Qatar.
Ia juga merupakan bola pertama Piala Dunia FIFA yang diperbuat secara eksklusif menggunakan dakwat dan gam berasaskan air.
Sebanyak 20 panel bola disertakan di dalam sebiji bola bagi membantu meningkatkan aerodinamik. Ini juga didakwa mampu membantu pemain meningkatkan ketepatan hantaran, percubaan dan melencongkannya.
Bola ini akan digunakan buat kali pertama bermula pada perlawanan separuh akhir di antara Argentina menentang Croatia pada 14 Disember ini.
Bagaimanapun, sebelum perlawanan bermula, bola tersebut perlu dicaj terlebih dahulu kerana menggunakan bateri kecil yang hanya mampu bertahan sekitar 6 jam dan 18 hari jika tidak digunakan secara aktif.