Ralf Rangnick menyatakan bahawa dia tidak nampak ada kemungkinan Pogba akan bermain lagi pada baki saingan musim ini.
Pogba mengalami kecederaan di Anfield di mana Manchester United kalah 4-0.
Pogba dikeluarkan pada minit ke-10 kerana mengalami kecederaan betis.
“Sangat tidak mungkin dia akan bermain lagi hingga akhir musim,” kata Rangnick.
“Doktor mengatakan kepada saya bahwa itu akan memakan waktu sekurang kurangnya empat minggu untuk pulih dan kerana aksi terakhirnya adalah pada akhir Mei, saya tidak berfikir ada kemungkin besar dia akan bermain lagi.”
Daripada kenyataan Rangnick itu dia menggambarkan bahawa tiada yang positif dalam rundingan kontrak dengan Paul Pogba.
Kontrak semasa Pogba akan berakhir pada Jun ini. Dia akan menjadi ejen bebas selepas itu. Pogba akan pergi secara percuma ke mana mana kelab setelah membuat perpindahan EUR100 juta ke Man United beberapa musim lalu.
Manchester United masih dalam pertimbangan Paul Pogba. Namun ejennya merasakan menegaskan bahawa mereka sedang berunding dengan banyak kelab.
Karier Pogba di Man United tidak mencapai standard yang diharapkan padanya seperti mana kariernya di Perancis. Walaupun Pogba membantu pasukannya memenangi UEL dan Piala Liga ketika era Jose Mourinho.
Pogba seterusnya membantu United menjadi naib juara UEL musim lalu, selepas tewas dalam penentuan penalti di tangan Villarreal.
Pemain berusia 29 tahun, yang memenangi Piala Dunia 2018 itu dicemuh oleh penyokong sendiri ketika kemenangan 3-2 ke atas Norwich City. Dia memberikan respon memegang telinganya tanda kecewa.
Aksi di Anfield pada minggu berikutnya. Dan jika Pogba terus tidak memperdulikan tawaran Man United kepadanya, bermakna itu adalah aksi terakhirnya untuk Red Devils.
Ke manakah destinasi seterusnya Pogba? Juventus dan PSG dilaporkan sangat berminat dengan pemain tersebut. Adakah Man United akan dapat meyakinkan Pogba untuk menandatangani kontrak baharu bersama mereka keran Erik Ten Hag?