Pengendali pasukan B-22 tahun Thailand, Akira Nishino telah mengeluarkan senarai 20 pemain yang dibawa bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2019 di Filipina yang akan bermula pada hujung bulan ini.

Dalam senarai tersebut, beberapa pemain khususnya pemain muda yang sedang meningkat naik seperti Suphanat Muenta dan Ekanit Panya yang beraksi bersama pasukan senior dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini menepati jangkaan apabila disenaraikan.

Berikut adalah senarai penuh 20 pemain yang dipanggil oleh Nishino.

PENJAGA GOL

Korraphat Nareechan (22), Nont Muangngam (22)

PERTAHANAN

Chaturaphat Sattham (20), Savan Promsupha (22), Chatchai Saengdao (22), Shinnaphat Leeaoh (22), Thitathorn Aksornsri (22), Sarayut Sompim (22).

PEMAIN TENGAH

Worachit Kanitsribampen (22), Chatmongkol Thongkiri (22), Kritsada Kaman (20), Wisarut Imura (22), Ratthanakorn Maikami (21), Ekanit Panya (20), Anon Amornlerdsak (20), Jaroensak Vongkorn (22).

PENYERANG

Sittichok Paso (20), Supachok Sarachat (21), Supachai Jaided (21), Suphanat Mueanta (17).

Akira Nishino
Supachok Sarachat. Sumber Gambar: Bangkok Post

Apa yang menarik, dalam skuad kali ini, Akira Nishino tidak memanggil seorang pun pemain bagi mengisi slot pemain lebih umur. Beliau lebih gemar untuk menurunkan pemain muda dan mahu melihat kemampuan pemain yang dipanggil kali ini.

Pemain yang ketika ini beraksi bersama Fulham di Liga England, Ben Davis turut tidak dipanggil.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Thailand di sini:

Komen Akira Nishino Selepas Malaysia Tumbangkan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Akira Nishino Mahu Thailand Kembali Raih Kemenangan