Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) sah melantik bekas pengendali skuad kebangsaan Jepun di temasya Piala Dunia 2018, Akira Nishino sebagai pengendali baharu pasukan kebangsaan Thailand dan juga skuad B-23 tahun negara tersebut.
Pelantikan Nishino ini disahkan oleh FAT menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi badan tersebut pada semalam. Pada masa yang sama, beliau telah mencipta sejarah sebagai jurulatih Asia pertama yang mengendalikan skuad ‘Gajah Perang’ itu.
#Changsueklive สมาคมฯ ประกาศแต่งตั้ง อากิระ นิชิโนะ คุมช้างศึกชุดใหญ่และ U23 🇹🇭
>> https://t.co/R6yUsl65mk
☝️#ช้างศึก #เชียร์ไทยใจเดียวกัน #TogetherAsOne #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #นักฟุตบอลทีมชาติไทย #Thailand #Football #สมาคมฟุตบอล #อากิระ #นิชิโนะ #Akira #Nishino #AkiraNishino pic.twitter.com/9QuvCbdREw— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) July 17, 2019
Sebelum ini, timbul sedikit kekeliruan mengenai status Nishino dan juga FAT dimana jurulatih berusia 64 tahun itu menafikan beliau telah menerima tawaran sebagai pengendali skuad kebangsaan Thailand yang baru. Perkara ini dilaporkan oleh salah sebuah akhbar Jepun yang mengucapkan tahniah setelah jurulatih itu kembali daripada lawatan ke Thailand pada awal bulan ini.
Akira Nishino Nafi Sudah Ikat Kontrak Sebagai Ketua Jurulatih Thailand https://t.co/9dgiTAqROP
— VOCKET FC (@vocketfc) July 3, 2019
Nishino kemudiannya menegaskan segala berita mengenai persetujuan beliau untuk membimbing Thailand adalah tidak benar. Ketika diminta mengulas lebih lanjut, bekas ketua jurulatih Gamba Osaka dan Nagoya Grampus itu enggan berbuat demikian.
Namun, setelah segala spekulasi dan khabar angin yang beredar di media sosial, Akira Nishino akhinya sah dilantik sebagai pengendali baharu juara lima kali Piala AFF Suzuki itu dan majlis menandatangni kontrak rasmi akan diadakan pada 19 Julai ini.
Selain membimbing skuad senior dalam saingan peringkat kelayakan Piala Dunia 2020/Piala Asia 2023, Nishino turut mempunyai tugasan bersama skuad B-23 tahun dimana mereka akan menghadapi saingan Sukan SEA yang akan berlangsung di Filipina.