Beberapa hari yang lalu semua media bola sepak di Thailand melaporkan bahawa Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) sudah mencapai persetujuan dengan Akira Nishino untuk membimbing skuad kebangsaan serta pasukan bawah 23 tahun Thailand.
Berita itu dikuatkan lagi dengan sekeping gambar dimana presiden FAT Pol.Gen. Somyot Poompanmoung dan juga Akira Nishino bersalaman seolah-olah sudah mencapai persetujuan.
Namun semalam, wartawan Jepun yang menanti ketibaan Akira Nishino terkejut apabila beliau menafikan bahawa sudah mencapai persetujuan dan menandatangani kontrak dengan FAT.
Akira Nishino is new head coach of Thailand’s football teamhttps://t.co/OD3rtY43oJ#ThaiPBSWorld #AkiraNishino #HeadCoach #ThaiFootball #WarElephants #U23 pic.twitter.com/I50U8WSNKp
— Thai PBS World (@ThaiPBSWorld) July 2, 2019
Dalam kenyataan itu, wartawan menyampaikan ucapan tahniah atas perlantikan beliau sebagai ketua jurulatih bola sepak Thailand, namun terus dinafikan “Ucapan tahniah untuk apa?”
Sejurus mendengar kenyataan dari Akira Nishino itu, berita mengenai perlantikan beliau yang dikeluarkan secara rasmi oleh laman sosial media FAT disifatkan sebagai keterlaluan serta menakutkan.
“Maklumat mengenai saya sebagai ketua jurulatih Thailand adalah tidak benar. Itu sahaja yang boleh saya beritahu sekarang”
Apabila diajukan soalan mengenai adakah ia berlaku kerana tiada persetujuan dicapai mengenai syarat-syarat perlantikan dan sebagainya, Akira Nishino enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
#ChangsuekNews
OFFICIAL!!! The Football Association of Thailand have appointed Akira Nishino as the National Team Coach.Welcome Akira Nishino to the Changsuek family. Good luck with the First Team and U23 Team. 🇹🇭⚽️#ช้างศึก #Togetherasone #อากิระ #นิชิโนะ #Akira #Nishino pic.twitter.com/LHe5bsM0xL
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) July 1, 2019
Akira Nishino telah berada di Thailand kira-kira 5 hari 3 malam dan telah menyaksikan 1 perlawanan Thai League 1 turut menyatakan rasa terkejut apabila wartawan Jepun mengatakan beliau telah diumumkan secara rasmi tetapi dalam masa yang sama tidak percaya pihak FAT telah mengumumkannya.
Walaubagaimanapun, seorang jurucakap FAT telah mengeluarkan kenyataan bahawa, pihak FAT telah bersetuju dengan semua syarat bersama Akira Nishino pada Isnin lalu dan kontrak rasmi bertulis akan disiapkan dalam masa terdekat untuk ditandatangani oleh kedua-dua pihak dalam masa terdekat.