J.League sebagai penganjur liga bola sepak profesional Jepun sejak tahun 1993, cuba mendekati pelbagai lapisan masyarakat untuk memberikan sokongan kepada pasukan-pasukan melalui pelbagai cara dan juga medium.

Pada kebiasaannya, platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram merupakan platform paling utama yang digunakan oleh mana-mana pasukan bagi mencari pendedahan kepada peminat.

J.League mulai hujung tahun 2018, telah mencuba saluran media sosial TikTok sebagai medium baharu untuk mereka tackle market pengguna platform tersebut bagi menarik minat mereka terhadap saingan liga bola sepak Jepun.

Screenshot 2019-09-18 at 11.00.11 PM
Video TikTok Chanathip Songkrasin dalam akaun rasmi TikTok JLeague

Selain menggunakan pemain yang melakukan aksi-aksi comel dalam video yang dimuat naik, J.League juga turut memperkenalkan maskot-maskot setiap pasukan dalam saingan liga itu untuk menyemai minat dan juga cuba mempengaruhi mereka menonton bola sepak.

Mungkin situasi penggunaan TikTok di Jepun sedikit berbeza penerimaannya berbanding dengan situasi di Malaysia yang dilihat sebagai satu platform yang banyak ‘disalahguna’ oleh golongan tertentu.

Sehingga artikel ini ditulis, akaun rasmi TikTok J.League (@j_league) sudah memiliki lebih 45,000 peminat yang mungkin sebilangan kecil dari mereka sudah menonton siaran bola sepak di kaca TV atau hadir ke stadium menyaksikan perlawanan.

Bagi pihak J.League, ini adalah salah satu cabang pemasaran baru bola sepak domestik mereka

Teruskan membaca artikel J.League yang mungkin anda tidak pernah baca dan tahu.

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Chanathip Songkrasin: 98.5% Diturunkan Dalam Kesebelasan Utama Hokkaido Consadole Sapporo

Pesanan Hidetoshi Nakata Buat Penyokong Jepun Di Stadium Larkin Pada November 1997