Ajax Amsterdam berjaya membalas dendam kekalahan mereka di tangan PSV Eindhoven sebelum ini dengan membelasah pasukan tersebut dengan kemenangan 5-0.
Sebelum sepak mula, pengurus Ajax, Erik Ten Hag tanpa berselindung atau bersimpulan bahasa, dia menyatakan bahawa misi Ajax kali ini adalah untuk membalas dendam kekalahan 4-0 mereka di tangan PSG pada awal musim.
Menurut Ten Hag, kekalahan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pasukan mereka dan pada masa yang sama menjadi guru berharga untuk mereka memperbaiki diri.
Ajax dalam mood yang cukup baik selepas membelasan Borussia Dortmund dalam aksi UCL sebelum ini dengan kemenangan 4-0.
Dan hanya 19 minit aksi di atas padang, Steven Berghuis terus meletakkan Ajax di hadapan selepas menyempurnakan hantaran Dusan Tadic.
Separuh masa pertama, Ajax hanya mendahului dengan 1 gol sahaja tanpa balas.
Namun pada separuh masa kedua Ajax mengganas dengan menjaringkan 4 gol lagi.
Sebastian Haller menjaringkan gol kedua Ajax pada minit ke-56. PSV mulai buntu dan resah kerana mereka hanya mampu mengancam Ajax dengan hantaran lintang dan setpis.
Haller kemudian membantu mencipta gol untuk Antony untuk gol ketiga Ajax pada minit ke-66.
Davy Klaassen masuk dari bangku simpanan dan menjaringkan gol keempat untuk Ajax. Dan Tadic menyempurnakan malam 5 bintang Ajax berdepan dengan pesaing kejuaraan Eredivisie.
We told you… 𝗣𝗔𝗬𝗕𝗔𝗖𝗞 𝗧𝗜𝗠𝗘 😉#ajapsv
— AFC Ajax (@AFCAjax) October 24, 2021
Tamat perlawanan, Ajax kekal di tangga teratas liga dengan 4 mata di atas PSV.