Afrika Selatan terus membuktikan kejaguhan selepas munjulang trofi Piala Dunia Ragbi 2023 selepas menundukkan musuh tradisi, New Zealand pada aksi final yang berlangsung di Stade De France, awal pagi tadi.
Baca Juga:
- Josua Tuisova Ketepikan Kesedihan Kehilangan Anak, Tetap Teguh Demi Fiji
- Mirip Ronaldinho, Pemain Wanita Afrika Selatan Digesa Buat Ujian DNA
- Piala Dunia Hoki: Afrika Selatan Hantar Malaysia Ke Perlawanan Penentuan Tempat Ke-13/16
Kejayaan manis dilakarkan anak buah Jacques Nienaber itu menjadikan Afrika Selatan sebagai pemenang terbanyak dalam sejarah Piala Dunia dengan empat kejuaraan.
Kemenangan penuh bermakna di Perancis itu bagaimanapun tidak hadir dengan mudah buat Afrika Selatan walaupun ketua pasukan New Zealand, Sam Cane dilayangkan kad merah pada minit ke-27.
New Zealand yang turut memburu gelaran juara buat kali keempat mempamerkan semangat juang tinggi dalam usaha merealisasikan impian tersebut.
Namun, segalanya bermula dengan baik buat Afrika yang mendahului 6-0 menerusi penalti disempurnakan oleh pemain ‘fly-half’, Andre Pollard pada minit ketiga dan 13.
Tidak mahu terus ketinggalan, New Zealand turut mengambil peluang penalti dan disempurnkan oleh Richie Mo’unga bagi merapatkan defisit mata pada minit ke-17.
Pollard menambah enam lagi mata dengan dua penalti pada minit ke-19 dan 34 dimana selepas itu Mo’unga mendapatkan tiga mata menerusi situasi sama.
Kedudukan 12-6 itu kemudiannya dirapatkan menerusi ‘try’ daripada ‘Full-back’ Beauden Barret untuk menjadikan 12-11.
Selepas itu, kedua-dua pasukan berusaha keras untuk mendapatkan mata pada lewat permainan yang nyata cukup mempesonakan dan mendebarkan.
Tetapi usaha mereka tidak membuahkan hasil termasuklah peluang keemasan dimiliki Jordie Barrett tetapi sepakan penalti jarak jauh dilakukannya tersasar pada minit ke-73.
Springboks pula terus bertahan untuk memastikan kejuaraan Piala Dunia Ragbi 2023 menjadi milik mereka dan ia merupakan kali ketiga berturut-turut sejak suku akhir memenangi perlawanan dengan jurang satu mata sahaja.
Ia juga mengekalkan kejuaraan yang dimenangi Afrika Selatan pada edisi 2019 di Jepun.