Skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) tekad mara ke final dalam saingan Piala AFF B-23 di Thailand walaupun bakal berdepan juara Sukan SEA Kemboja 2023, Indonesia pada hari jumaat ini.
Baca Juga:
- FAM Tak Jadi Hantar Skuad Malaysia B-23 Ke Sukan Asia
- Skuad Muda Negara Sasar Ke Final Piala AFF B-23
- Datuk Santokh Singh Cadangkan Kim Pang-Gon Guna Pasukan B-23 Untuk Piala AFF 2022
Seramai 23 pemain telah dipilih oleh Ketua Jurulatih, E. Elavarasan dan kebanyakannya beraksi dalam saingan Piala MFL musim ini tanpa kelibat pemain yang berpengkalan dari luar negara.
Daripada senarai 25 pemain yang diumum sebelum ini, Elavarasan turut memanggil Nik Umar Nik Azizi @ Nik Aziz dari senarai bersedia untuk menggantikan Ahmad Zikri Mohd Khalili yang terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan buku lali.
Justeru itu, Elavarasan telah mempelajari sesuatu daripada kegagalan di Sukan SEA dan mereka juga mahu elak daripada ‘balik awal’ dengan mengutip 3 mata penuh ke atas Indonesia.
“Ini (Kejuaraan B-23 AFF) adalah kejohanan ketiga kita selepas Piala Merlion dan Sukan SEA 2023. Kegagalan di Sukan SEA menunjukkan apa yang kita kurang dan apa yang perlu kita tambahbaik supaya kita terus meningkat.
“Bukanlah satu pengajaran tetapi kita memerlukan masa dan pengalaman. Semua ini adalah proses jadi ia mengambil masa tetapi kita perlu kerja keras untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Semua pasukan pasti sasarkan final dan kita perlu ada sasaran kerana tidak bagus kalau tidak ada sasaran yang diletakkan,” kata Elavarasan kepada pihak media.
Sementara dua lagi pemain dari senarai 25 pemain tersebut yang turut tidak berada dalam senarai akhir 23 pemain yang diumum malam tadi ialah Shafi Azswad Sapari dan Shahril Suparman.
Selepas bertemu Indonesia di Stadium Rayong Provincial pada Jumaat, 18 Ogos 2023 (8.00 malam waktu Thailand), mereka akan menentang Timor-Leste pada Selasa, 22 Ogos 2023 (8.00 malam waktu Thailand).
Keputusan undian rasmi Piala AFF B-23.#AFFU23 pic.twitter.com/IGdGyaVdGw
— VOCKET FC (@vocketfc) May 29, 2023
Kumpulan A menampilkan empat pasukan iaitu tuan rumah Thailand, Kemboja, Brunei dan Myanmar manakala Kumpulan C pula dianggotai tiga pasukan iaitu Vietnam, Filipina dan Laos.
Juara kumpulan (3 pasukan) dan naib juara kumpulan terbaik (1 pasukan) akan layak ke separuh akhir pada 24 Ogos, seterusnya aksi penentuan tempat ketiga dan Final akan berlangsung pada 26 Ogos 2023.