Skuad Malaysia bawah 15 tahun (B-15) menepati ramalan apabila melangkah ke separuh akhir sebagai juara kumpulan B dengan 11 mata selepas terikat 1-1 dengan Thailand sebentar tadi.

Keputusan itu juga bermakna mereka masih mengekalkan rekod tanpa kalah dan akan bertemu Vietnam di peringkat separuh akhir pada 7 Ogos ini (Rabu) untuk memburu tiket beraksi di perlawanan akhir. Manakala pesaing terdekat, Australia sudah pun tersingkir selepas mengumpulkan 10 mata dan gagal mengatasi Malaysia dari segi perbezaan jaringan.

semi-01

Dalam perlawanan itu, Thailand terlebih dahulu membuka akaun jaringan pada minit ke 18 melalui rembatan leret penyerangnya yang mudah menewaskan penjaga gol skuad negara.

Jaringan tersebut bagaimanapun tidak mematahkan semangat anak buah P. Maniam untuk terus mengandakan asakan sehingga berjaya memperolehi jaringan penyamaan di minit akhir hasil daripada jaringan sendiriĀ  pemain pertahanan tuan rumah, Sittha Boonlha.

68522388_2588426831222007_4021218402814132224_o
FOTO: FA Thailand

Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan juara kumpulan A, Indonesia menentang Thailand di venue yang sama. Perlawanan akhir dan penentuan tempat ketiga/keempat akan berlangsung pada 9 Ogos ini (Jumaat).

Sebagai rekod, kali pertama skuad negara menjuarai kejohanan AFF B-15 ialah pada tahun 2013 manakala Vietnam dan Thailand merupakan pasukan yang paling banyak menjuarai kejohanan tersebut iaitu sebanyak 3 kali.