Badan pengelola bola sepak Asia, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mahu merombak dua pertandingan dibawah kelolaan mereka iaitu AFC Champions League (ACL) dan juga Piala AFC bermula musim 2024/2025.

Baca Juga:

Menurut perkongsian salah seorang wartawan yang membawakan perkembangan bola sepak Asia, Martin Lowe, menerusi laman media sosial Twitter miliknya beliau mendedahkan saingan AFC Champions League (ACL) akan menggunakan format 24 pasukan berbanding format sedia ada iaitu 40 pasukan.

Peringkat kumpulan akan menyaksikan dua zon iaitu Timur dan Barat manakala bagi perlawanan kalah mati, pasukan yang layak perlu beraksi di venue berkecuali. Selain itu, pasukan juga diberi kebebasan untuk menggunakan khidmat pemain asing dan tiada lagi kuota yang dikenakan.

Bagi saingan Piala AFC pula, tiada lagi format mengikut zon seperti format sedia ada dan kejohanan tersebut akan menjadi saingan terbuka dan ini merupakan satu cadangan yang diterima baik memandangkan pasukan dari Asia Tenggara selalu dirugikan oleh format ini apabila mereka mara ke peringkat kalah mati.

Contohnya situasi yang dialami oleh Kuala Lumpur City dalam perjalanan mereka untuk mara ke perlawanan akhir dimana skuad kendalian Bojan Hodak perlu melalui perlawanan akhir zon Asia Tenggara dimana mereka menewaskan PSM Makassar.

Selepas melewati perlawanan akhir zon Asean, KL City perlu berdepan kelab India, ATK Mohun Bagan pada aksi separuh akhir antara zon dan seterusnya kelab Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh pada perlawanan akhir antara zon. KL City terpaksa akur dimana mereka tewas kepada Al-Seeb pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 3-0.

AFC bakal memperkenalkan satu lagi liga namun sehingga artikel ini ditulis masih belum ada nama rasmi dan juga format yang akan digunakan dalam kejohanan tersebut.