Pengendali skuad B-23 tahun Vietnam, Park Hang-seo memohon maaf kepada penyokong selepas pasukan bimbingannya tersingkir daripada saingan AFC B-23 Tahun.

Vietnam yang muncul sebagai naib juara pada edisi 2018 hanya mampu mengutip dua mata dalam saingan peringkat kumpulan edisi kali ini sekaligus menghuni tangga tercorot dalam kumpulan D.

Hang-seo meminta maaf kepada para penyokong dan menegaskan beliau bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan The Golden Dragons mara ke peringkat kalah mati.

AFC
Sumber Gambar: The Thao

“Saya minta maaf. Edisi lalu kita bergelar naib juara. Tahun ini, kami beraksi dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan dimana hanya mampu mencatat dua keputusan seri dan satu kalah. Sudah pasti keputusan ini mengecewakan peminat.

“Saya yang bertanggungjawab bagi kegagalan ini. Pemain telah beraksi dengan baik tapi realitinya mereka perlu memperbaiki persembahan mereka,” kata Hang-seo menurut laporan Foxsport Asia.

Pada perlawanan terakhir kumpulan D menentang Korea Utara, Vietnam terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Nguyen Tien Linh.

Akan tetapi, kesilapan penjaga gol, Bui Tien Dung membawa padah apabila Korea Utara berjaya memenangi perlawanan pada minit-minit terakhir permainan.

Baca artikel lain mengenai saingan AFC B-23 Tahun di sini:

AFC B-23 Tahun: Vietnam Gagal Ikut Jejak Langkah Thailand

Akira Nishino Bangga Dengan Prestasi Pemain Dalam Saingan AFC B-23 Tahun

Thailand Iringi Australia Ke Peringkat Suku Akhir Saingan AFC B-23 Tahun