Carlo Ancelotti sudah beberapa kali berada di pentas final UCL sebagai pengurus. Namun dia memilih pasukan AC Milan yang tak juara pada 2005 sebagai pasukan terbaik dan bermain bola sepak palimg cantik di final – di kalangan semua pasukannya yang lain.
AC Milan mendahului 3-0 pada separuh masa pertama. Namun melepaskan 3 gol pada separuh masa kedua dan kalah pada penentuan penalti di tangan Liverpool.
Pengurus berusia 62 tahun itu telah memenangi tiga daripada empat perlawanan akhir UCL yang pernah didudukinya – dua bersama AC Milan dan satu dalam musim pertamanya di Real Madrid.
“Ini adalah sesuatu yang anda impikan, tetapi anda tidak boleh mengawalnya,” kata Ancelotti semasa sidang media pra perlawanan.
Dia melabel bahawa, bermain cantik tidak akan menjamin kejuaraan dalam final UCL. Itulah yang berlaku kepada AC Milan pada 2005.
“Ia adalah final kelima saya, saya mempunyai ingatan yang baik tentang semua perlawanan akhir ini. Agak pelik untuk memikirkannya tetapi saya rasa pasukan yang terbaik (prestasi) adalah perlawanan akhir menentang Liverpool pada tahun 2005. ”
“Tetapi kami tewas (dengan penentuan penalti setelah mendahului 3-0) di AC Milan.”
Carlo Ancelotti insists his 2005 AC Milan side delivered the 'best' performance of any of his teams in a Champions League final https://t.co/hCOMLJqD39
— Mail Sport (@MailSport) May 28, 2022
“Saya tidak akan memberitahu pemain bermain teruk esok kerana sudah tentu kami mahu memberikan yang terbaik tetapi apa sahaja boleh berlaku pada final. Kita perlu bersedia untuk segala-galanya.”
Real Madrid menamatkan kejuaraan LaLiga ke-35 mereka pada awal bulan ini, yang telah memberikan mereka peluang untuk merehatkan beberapa pemain mereka secara penggiliran.
Ancelotti telah memberitahu pasukannya untuk mempersiapkan segala-galanya menjelang perlawanan akhir Sabtu menentang Liverpool. Menurutntya, dia tidak boleh meminta persiapan lebih baik daripada final UCL kali ini.
Di mana pasukannya memiliki rehat yang cukup. Kemudian pemain pemain penting mereka berada dalam kecergasan dan prestasi terbaik.
Berbanding Liverpool yang masih mengejar kejuaraan liga pada hari terakhir EPL. Menurunkan pemain utama mereka dengan tugasan berintensiti tinggi.
Ancelotti menambah: “Kami mempunyai masa untuk membuat persiapan yang baik, saya fikir kami akan menghadapinya dalam keadaan yang sangat baik.
“Kami akan memberikan yang terbaik, sudah tentu, tetapi saya tidak yakin itu sudah cukup untuk memenanginya.”
“Persiapan seperti itu akan memberi kami peluang yang lebih baik jika kami bermain lebih baik. Mengenai sama ada itu cukup, saya tidak tahu kerana ada perkara yang anda tidak boleh kawal dalam bola sepak,” tambahnya.