Pasukan Tai Po FC dari Hong Kong tidak menunggu lama untuk terus turun menjalani latihan menyesuaikan diri di padang latihan yang disediakan oleh pasukan Kedah FA di Alor Setar.

Menurut maklumat yang dimuat naik melalui laman sosial Facebook rasmi Tai Po FC, pasukan itu yang baru sahaja tiba semalam hanya berehat beberapa jam sahaja di hotel penginapan sebelum terus turun ke padang untuk menjalani sesi penyesuaian dengan keadaan di Alor Setar.

Sebelum ini, kami telah menulis satu artikel berkenaan Tai Po FC dimana mereka kini berada prestasi dalam keadaan yang agak tidak memberangsangkan selepas tewas dalam semua 5 perlawanan terakhir dalam saingan domestik di Hong Kong.

82374866_2709726335773970_2942665609852223488_o

Ia mungkin satu peluang untuk pasukan Kedah dibawah bimbingan Aidil Sharin untuk mengatasi Tai Po FC dan seterusnya layak ke pusingan play-off AFC Champions League 2020 bertemu FC Seoul di Korea Selatan.

Namun, segalanya tidak mustahil dalam bola sepak dan mungkin perlawanan malam esok akan dijadikan titik tolak bagi Tai Po FC untuk kembali mencari rentak kemenangan dan kini menghuni tangga ke 6 dari 10 pasukan Hong Kong Premier League.

Semoga kedua-dua pasukan mampu mempamerkan aksi bola sepak menarik malam esok sesuai dengan taraf kejohanan yang sedang mereka sertai dan seterusnya meneruskan cabaran dalam kempen AFC Champions League 2020.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

ACL2020: Tai Po FC Kalah Semua 5 Perlawanan Terakhir Saingan Domestik, Petanda Awal Kedah FA Bakal Terbang Ke Korea Selatan

Gara-Gara ‘Leak’ LOTTO Malaysia Nafi Mahu Tarik Penajaan Kedah FA, Serah Bukti Kepada Peguam Untuk Tindakan

Umpanan Padu Bekas Pemain Oita Trinita Ini Bakal Dinikmati Norshahrul Idlan Talaha Di BG Pathum United