Seorang individu yang dikenali sebagai ‘Abe Syed’ yang juga dikatakan pengerusi kelab penyokong Kelantan Red Warriors (KRW), mengeluarkan satu kenyataan bahawa akan mengagihkan simkad kepada setiap pembeli tiket perlawanan Kelantan bertemu Sarawak sebagai satu ‘hadiah’.

Menjelaskan tindakan pemberian hadiah simkad ONEXOX kepada setiap pembeli tiket terbuka atau astaka, ‘Abe Syed’ memaklumkan bahawa perkara ini adalah sebagai satu ‘penghargaan’ kepada semua pemain 12 (penyokong Kelantan) yang telah memberikan sokongan kepada pasukan Kelantan selama ini.

Berdasarkan kenyataan audio yang kami terima, ‘Abe Syed’ juga menyebut bahawa syarikat ONEXOX itu juga akan muncul sebagai salah satu penaja utama pasukan Kelantan pda musim 2020 nanti.

CB9F925B-7310-490F-AD1A-558227FB9DE9

“Jumpa petang ini dari jam 3 petang hingga 9 malam. Simkad percuma melalui saya, simkad Celcom, simkad ONEXOX yang akan menaja kita musim 2020 nanti.”

“Saya telah mengarahkan CEO dari pasukan untuk bertemu dengan CEO ONEXOX dalam masa terdekat.

“ONEXOX memang memberikan kerjasama yang penuh kepada saya. “

Menurut ‘Abe Syed’ lagi, sekiranya 10,000 orang membeli tiket untuk perlawanan malam ini, beliau akan sedia untuk ‘berhabis’ sekitar RM150,000 untuk hadiah simkad kepada penyokong dan juga menjelaskan bahawa ini adalah gaya beliau yang tersendiri untuk membantu jentera pengurusan KAFA yang boleh diandaikan seperti ‘hidup segan, mati tak mahu’.