Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) kini memberi peluang kepada semua peminat untuk mengundi logo terbaik dalam kalangan 570 penyertaan yang telah diterima dalam pertandingan mencipta logo dan nama baharu skuad tok gajah.
Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian mengesahkan daripada jumlah itu, PBNP menerima 563 penyertaan mencipta logo dan nama manakala tujuh lagi hanya memberikan nama sahaja.
Setiap rekaan dipilih dan disaring dengan teliti oleh panel yang dilantik. Ciptaan dan reka bentuk logo adalah baharu, asli dan tidak mengandungi unsur yang boleh dianggap sensitif dan menyinggung mana-mana agama, budaya serta kepercayaan.
Logo yang dihasilkan perlu menggambarkan ciri-ciri patriotisme dan semangat Pahang serta menggambarkan kesatuan rakyat Pahang yang unik serta had penyertaan setiap individu.
Undian pemilihan LOGO dan NAMA baru pasukan Pahang akan bermula pada 4 petang ini (30 Oktober 2020) sehingga 1 November 2020, 5 petang.
Sebanyak 570 penyertaan telah diterima dan saringan telah dilakukan. LOGO dan NAMA yang terpilih akan dipaparkan di laman web dan aplikasi. pic.twitter.com/Z5ezqWxHie
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) October 30, 2020
Pertandingan tersebut berakhir pada 10 oktober lalu dan para peminat kini boleh mengundi melalui laman web rasmi Pahang FA, apps dan juga media sosial rasmi Pahang FA bermula pada pukul 4 petang ini.
Undian akan ditutup pada pukul 5 petang (1 November 2020) dan pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM4,000 bagi kategori cipta logo dan RM4,000 lagi untuk kategori cipta nama baharu.
Selain itu, mereka juga turut akan menerima hadiah tambahan berupa penginapan percuma di hotel terpilih dan barangan sukan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Pahang melalui pautan dibawah.