Saingan Liga Super Malaysia sekali lagi menyaksikan barisan pemain import mengungguli carta penjaring terbanyak Liga. Di sini, kami senaraikan empat gandingan di bahagian serangan yang setakat ini telah menunjukkan prestasi cemerlang.
1. Diogo Luis Santo Dan Gonzalo Cabrera
Seperti dijangka, kedua-dua pemain ini akan menampilkan persembahan cemerlang untuk Johor Darul Ta’zim. Setakat minggu perlawanan ke-12 Liga Super, Cabrera telah menjaringkan 8 gol dimana beliau menduduki tangga teratas carta penjaring terbanyak manakala Diogo pula menjaringkan 7 gol.
Pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua pemain nyata dimanfaatkan dengan baik sekaligus memebantu JDT mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga.
2. Fernando Rodriguez Dan Jonathan Bauman
Fernando Rodriguez dan Jonathan Bauman memainkan peranan penting dalam usaha skuad Hijau Kuning untuk menduduki tangga ketiga dalam carta liga ketika ini. Fernando berjaya menjaringkan 6 gol manakala Bauman pula menjaringkan 4 gol.
3. Kpah Sherman Dan Romel Moralez
Gandingan Kpah Sherman dan Romel Moralez memberikan impak yang positif untuk pasukan PKNS FC. Kpah setakat ini menjaringkan 6 gol dalam saingan Liga manakala Romel berjaya memenui jaringgan sebanyak 4 kali.
4. Ze Love Dan Dickson Nwakaeme
Gandingan “Orang Besi” dan “Mat Cinta” berjaya membantu Pahang menduduki tangga kedua dalam carta Liga Super ketika ini. Ze Love menjaringkan 4 gol manakala Dickson pula menemui sentuhan jaringan sebanyak 5 kali.
Itulah dia 4 gandingan terbaik dalam saingan Liga Super setakat ini. Keempat-empat gandingan masih mempunyai baki perlawanan yang cukup untuk mencari gol tambahan sekaligus merebut trofi Penjaring Terbanyak Liga Super musim ini.