Manchester City juara UCL merupakan perkara yang diidamkan oleh setiap peminat kelab itu.
Joe Cole, Joleon Lescott dan juga Owen Hargreaves percaya bahawa, Manchester City juara UCL musim ini. Mereka menyatakan perkara itu ketika ditanya ramalan mereka untuk Liga Juara Juara Eropah, sebelum sepak mula antara Real Madrid dan Enitracht Frankfurt untuk merebut Piala Super Eropah.
Manchester City sudah lama mengidamkan UCL pertama dalam sejarah kelab mereka. Dengan sumber yang mereka ada pada hari ini, untuk melihat Manchester City juara UCL – adalah perkara yang realistik.
Ketiga tiga pundit dari England itu telah memilih Manchester City sebagai calon juara.
Untuk penjaring terbanyak UCL pada musim ini, hanya Owen Hargreaves yang memilih Robert Lewandowski yang kini sudah bermain untuk Barcelona. Sementara 2 lagi bekas pemain kebangsaan 3 Singa, Lescott dan Joe Cole percaya bahawa Erling Haaland akan merangkul kasut emas musim ini.
Pemain yang dibawa masuk oleh City dari Borussia Dortmund. Dan dia sudah pun membuka akaun golnya bersama Manchester City.
Bagi Pemain Terbaik UCL, Lescott dan Owen Hargreaves senada, bahawa Kevin De Bruyne akan memenanginya. Sementara Joe Cole memilih Robert Lewandowski.
Untuk pemain muda terbaik. Lescott dan Joe Cole meramalkan Phil Foden akan memenanginya. Sementara itu Owen Hargreaves memilih pemain Barcelona iaitu Pedri.
"We say it every season and it hasn't happened yet. Why is it different this season for Man City?" 🤔@JoleonLescott, Joe Cole and Owen Hargreaves have one simple answer. Erling Haaland 🤖
Is he the man to deliver #UCL glory to the Etihad? pic.twitter.com/F5L2fdEPE0
— Football on TNT Sports (@footballontnt) August 10, 2022
Adakah mampu Manchester City juara UCL musim ini? Manchester City masih digelar sebagai pencabar yang kuat untuk UCL dan EPL pada musim ini seperti mana tahun tahun sebelumnya.
Dengan kemasukan Erling Haaland, pasukan itu dilihat menjadi lebih kuat di barisan hadapan. Walaupun mereka masih berusaha untuk mengekalkan Bernardo Silva yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.
Pep Guardiola sudah menyatakan bahawa mereka Manchester City juara UCL. Namun itu bukan bermakna UCL adalah sasaran utama mereka. Guardiola malah memberitahu bahawa pemilik kelab tidak pernah meletakkan tekanan agar dia menjuarai UCL.
Musim lalu, Guardiola sendiri berpendapat bahawa memenangi EPL adalah lebih penting daripada memenangi UCL kerana ianya lebih sukar.
Baca juga artikel:
Pochettino: “Man City Tak Pecat Guardiola Walaupun 7 Tahun Gagal Menang UCL”