Masatada Ishii, bekas pengurus pasukan Kashima Antlers yang kini mengendalikan pasukan Samut Prakan City FC telah berkongsi pengalaman beliau selepas 3 bulan berada di Thailand mengenai beberapa perkara didalam dan luar padang.

Beliau yang pernah membawa Kashima Antlers muncul sebagai juara saingan J1 League pada 2016 itu menceritakan bahawa beliau begitu gembira melihat para pemainnya berlatih dengan bersungguh-sungguh walaupun pada awalnya tidak menjangkakan sebegitu.

Apa yang paling menarik dalam temubual ringkas itu adalah apabila Masatada Ishii menjelaskan bahawa perlawanan di Thailand lebih banyak ‘body contact‘ diantara pemain-pemain berbanding dengan perlawanan dalam saingan J.League yang tidak ‘seganas’ saingan di Thai League.

90098906_2514739035467307_5402255541885992960_o

Walaupun Thailand dikatakan memiliki kemahiran teknikal yang baik, namun kecenderungan untuk tidak memaksimakan kelebihan itu bakal mengundang masalah kepada pasukan untuk tempoh jangka masa panjang.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa J.League sentiasa menerapkan konsep untuk menggunakan kekuatan utama mereka disamping mempersiapkan asas-asas lain untuk digunakan jika bertemu lawan yang menggunakan pendekatan yang berbeza.

87955339_2505960033011874_5685201454701215744_o

Boleh dikatakan hampir keseluruhan pasukan menitik beratkan penguasaan kemahiran teknikal dari awal lagi kerana ini adalah punca utama yang akan memacu pembangunan pemain bola sepak dengan fizikal yang mereka ada.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Bapa Chanathip Songkrasin Dedahkan ‘Kitab’ Asas Bola Sepak Anaknya, Fans Manchester United Rupanya

Media Thailand Lancarkan Propaganda Terhadap Tan Cheng Hoe, ‘Mind Game’ Untuk Malaysia Lebih ‘Lagha’

FA Thailand ‘Sakit Kepala’ Fikir Jadual Skuad Kebangsaan, Mungkin Tidak Sertai Saingan AFF Suzuki Cup 2020