2 pemain muda Jepun yang kini beraksi bersama kelab dalam saingan Eredivisie telah diturunkan dalam kesebelasan utama masing-masing dalam perlawanan pembukaan liga bola sepak tertinggi Belanda itu.
Dalam saingan Eredivisie musim 2019/2020, terdapat 6 orang pemain muda Jepun sedang beraksi bersama kelab masing-masing seperti dibawah.
- Keito Nakamura (19 tahun) – FC Twente (dipinjam dari Gamba Osaka)
- Yukinari Sugawara (19 tahun) – AZ Alkmaar (dipinjam dari Nagoya Grampus)
- Ritsu Doan (21 tahun) – FC Groningen
- Ko Itakura (22 tahun) – FC Groningen (dipinjam dari Manchester City)
- Yuta Nakayama (22 tahun) – PEC Zwolle
- Sai van Wermeskerken (25 tahun) – PEC Zwolle
Semalam, pemain yang berusia 19 tahun Keito Nakamura berjaya membuka jaringan untuk kelabnya FC Twente pada minit ke 8 perlawanan ketika berhadapan dengan gergasi bola sepak Belanda PSV Eindhoven.
🎌 | Wat een entree voor Keito Nakamura! De Japanner schiet FC Twente vroeg op voorsprong tegen PSV: 1-0.#twepsv https://t.co/6wvMsHvxd5 pic.twitter.com/LQ6sRvyrCi
— ESPN NL (@ESPNnl) August 3, 2019
Keito Nakamura merupakan seorang produk dari kelab Mitsubishi Yowa FC yang kini beraksi dalam Kanto Soccer League, sebelum dibeli oleh Gamba Osaka pada awal musim 2018.
Awal pagi tadi pula, Yukinari Sugawara telah berjaya menjaringkan gol pertama beliau dalam saingan Eredivisie pada minit ke 83 perlawanan berhadapan dengan Fortuna Sittard.
83. GOAL!
⚽️ SUGAWARA: 4-0!#azfor #coybir #Japan 🇯🇵 pic.twitter.com/Yy4JSlFqW9
— AZ (@AZAlkmaar) August 4, 2019
Apa yang lebih menarik, kedua-dua pemain itu hanya baru beberapa minggu sahaja menyertai pasukan dan diberi kepercayaan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan dalam perlawanan pembukaan.
Keito Nakamura dan Yukinari Sugawara tidak mengambil masa yang lama untuk memikat hati penyokong apabila menjaringkan gol pertama masing-masing dalam penampilan pertama bersama kelab.
Mereka juga merupakan anggota skuad Jepun ke saingan Piala Dunia U20 2019 yang telah berlangsung pada bulan Mei hingga Jun yang lepas.
Dalam perpindahan musim panas 2019 ini juga, seramai 11 orang pemain Jepun telah berhijrah ke eropah dan angka ini tidak termasuk perpindahan pemain Jepun yang sudah beraksi di eropah.